resepi sate ayam

Jom belajar resepi sate ayam ini di rumah. Kalau buat sendiri dijamin lebih puas hati! Sekali buat boleh dapat banyak cucuk!

Terutamanya jika ada anak-anak yang ramai, membeli sate dari luar mungkin agak mahal. Kalau beli sikit, tak puas makan.

Jadi, apa kata kita cuba membuatnya sendiri menggunakan resipi di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh saudari Afiqah Hairi.

Baca juga: Cara Buat Kuah Kacang Paling Mudah, Tanpa Santan Pun Tetap Sedap & Berlemak

RESEPI SATE AYAM

Bahan asas untuk perapan:

  • Biji ketumbar
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Serai (kena banyak)
  • Garam
  • Gula (kena lebih supaya ada rasa manis)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili

Cara-cara:

  1. Mula-mula, kisar semua bahan yang telah disediakan hingga halus. Pastikan semuanya sebati. Selepas itu, rasa adunan dan sesuaikan ikut cita rasa sendiri. Tambah sikit garam atau gula kalau perlu untuk bagi rasa lebih seimbang.
  2. Setelah siap kisar, masukkan ayam yang dipotong ke dalam adunan perapan. Pastikan semua ketulan ayam dilapisi rata. Untuk rasa yang lebih sedap, perap ayam selama sekurang-kurangnya satu jam atau semalaman. Rasa akan meresap dengan baik.
  3. Bila nak masak, boleh guna kuali pemanggang atau grill. Panaskan kuali dulu sebelum letak sate. Kalau nak lagi padu, bakar guna arang kerana aroma dia lagi sedap!
  4. Susun ketulan ayam yang dah dicucuk pada lidi dan panggang di atas api. Jangan lupa balik-balikkan supaya masak sekata dan tak hangus. Biarkan sampai sate jadi keemasan dan dagingnya masak sepenuhnya.
  5. Bila dah siap, angkat dan hidangkan panas-panas. Sedap dimakan dengan sos kacang dan nasi impit.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Afiqah Hairi

Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN