
Sebelum ini sudah biasa masak sardin dalam tin, hari ini anda boleh cuba kelainan dengan resepi sardin homemade. Buat dengan air tangan sendiri, baru rasa puas nak makan.
Jika anda teringin tahu cara membuatnya, boleh ikut resepi sardin homemade oleh Cik Ijan di Facebook yang lengkap dengan langkah demi langkah ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Telur Masin Homemade Lebih Wangi, Isi Pun Terlajak Sedap!
RESEPI SARDIN HOMEMADE

Bahan-bahan:
- Ikan sardin + ikan saba mackerel (anggaran 3kg)
- 2 biji bawang holland (dikisar)
- 10 biji tomato segar (dikisar)
- 1 tin tomato puree (anggaran 400g)
- 1 tin air (guna tin tomato puree tadi)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Minyak masak
Cara-cara membuat:
1. Gunakan ikan sardin segar atau saba mackerel dan bersihkan betul-betul supaya tak hanyir serta hasil akhir lebih sedap.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan bawang Holland yang telah dikisar. Tumis sampai naik bau wangi.
3. Tuang tomato yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau rata. Masukkan pula tomato puree bersama satu tin air. Ini bagi cukup kuah untuk rendamkan ikan nanti.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Masukkan ikan ke dalam kuah. Ratakan kedudukan ikan supaya semuanya tenggelam dalam kuah. Pastikan kuah cukup banyak dan cair supaya tidak mudah hangit ketika dimasak nanti.
6. Tutup periuk dan guna fungsi tekanan tinggi (high pressure).
- Untuk 3kg ikan: masak selama 80 minit
- Untuk 1kg ikan: cukup 60 minit
7. Nak pastikan tulang lembut, selepas cukup masa, buka dan uji. Jika belum cukup lembut, tambah masa 5 minit lagi.
8. Jika kuah terlalu cair, boleh tumis balik (stir fry) sekejap untuk pekatkan kuah. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Ijan
Baca juga: Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













