resepi sandwich tuna

Resepi sandwich tuna mayones ialah antara menu ringkas yang sering jadi pilihan untuk sarapan pagi atau bekal. Selain mudah disediakan, gabungan tuna, sayuran segar dan mayones menjadikan rasanya berlemak, segar serta mengenyangkan.

Resipi ini sangat sesuai untuk yang mahu sediakan makanan cepat tanpa perlu masak lama. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya pun ringkas, malah boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Baca juga: Resipi Roti Puri Tanpa Yis, Guna 4 Bahan Pun Tetap Rangup & Kembang!

RESEPI SANDWICH TUNA MAYO

resepi sandwich tuna

Bahan-bahan:

  • 2 tin sardin mackerel
  • 1 pek besar roti putih
  • 2 pek mayones
  • Daun salad secukupnya
  • 1 batang timun
  • 2 biji tomato
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk perasa (boleh abaikan jika tidak mahu)
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Air perahan limau nipis secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Lenyek sardin bersama kuahnya sehingga hancur. Masukkan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam, kemudian gaul sebati. Hiris nipis daun salad, timun dan tomato, lalu masukkan ke dalam sardin yang telah dibancuh tadi. Gaul hingga sebati.
  2. Seterusnya, masukkan mayones dan gaul lagi sehingga campuran kelihatan berkrim. Akhir sekali, perahkan sedikit air limau nipis untuk menaikkan rasa dan mengurangkan bau hanyir. Gaul ringan dan sedia untuk digunakan.
  3. Sapu tuna mayones pada roti, kemudian potong mengikut citarasa masing-masing. Sandwich tuna mayones ini siap untuk dihidangkan. Menu ringkas yang cepat, lazat dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Nota: Jika hanya untuk satu keluarga kecil, boleh kurangkan sukatan kepada separuh. Contohnya, gunakan 1 tin sardin dan 1 pek roti kecil sahaja.

Sumber: Ummu Adam

Baca juga: Resipi Roti Canai Lembut & Tak Liat, Lengkap Dengan Kuah Dal Pekat Yang Dijamin Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN