resepi sandwich sardin

Jom MyResipi kongsikan resepi sandwich sardin dan rahsia masak inti yang paling sedap. Dijadikan sarapan pada setiap hari pun tak apa, sebab terlalu lazat!

Ikuti saja cara-cara yang dikongsi oleh Wan Luqman di bawah. Malah beliau turut menghalalkan resipi ini digunakan untuk tujuan berniaga. Selamat mencuba!

Baca juga: Buat Sendiri Sandwich Chicken Crispy, Puas Hati Letak Isi Banyak

RESEPI SANDWICH SARDIN SEDAP & PADU

Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin (sebarang jenama)
  • Sedikit cili kisar / cili boh
  • Bawang merah (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang 
  • Bawang putih (jumlah ikut selera nak banyak mana) – hiris @ cincang
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Gula & garam secukup rasa
  • Lada hitam secukupnya
  • Sedikit kicap
  • 1 keping keju cheddar
  • 1 biji telur
  • Mayones secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumis cili kisar / cili boh bersama dengan bawang merah dan bawang putih.

2. Bila sudah garing, masukkan sardin bersama sosnya sekali. Kacau dan biarkan sedikit hancur.

3. Masukkan serbuk pati ayam, gula, garam, lada hitam dan sedikit kicap. Sebatikan.

4. Seterusnya masukkan keju cheddar yang telah dicarik. Gaul rata.

5. Kemudian masukkan telur. Ia bertujuan supaya bila makan sandwich, akan rasa kenyang. Kacau telur jangan sampai hancur.

6. Inti sardin siap dimasak. Biarkan sejuk seketika. Pastikan inti tidak terlalu berminyak kerana ia akan membuatkan sandwich jadi tidak nampak sempurna.

resepi sandwich sardin

7. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk. Campurkan mayones dengan secukupnya untuk rasa sedikit berlemak.

8. Ambil roti dan sapukan inti sardin tadi mengikut cara masing-masing.

9. Sandwic inti sardin sedap sedia untuk dinikmati.

resepi sandwich sardin

Kredit resipi dan gambar: Wan LuQman

Baca juga: Rahsia Sandwich Telur Yang Sedap, Kena Letak Bawang Karamel Baru Rasa Lagi ‘Perfect’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN