cara masak sambal tumis

Cara masak sambal tumis ikan bilis yang sedap bukan sahaja bergantung pada bahan-bahannya. Proses penyediaannya juga memainkan peranan yang sangat penting.

Jika anda ingin tahu cara memasaknya dengan betul, ikuti perkongsian lengkap oleh Puan Hanidah Hani di bawah.

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!

CARA MASAK SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PADU

cara masak sambal tumis

Bahan-bahan:

  • 9 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang besar (separuh kisar dengan bawang putih, separuh lagi hiris kasar)
  • 2 genggam ikan bilis (rendam terlebih dahulu)
  • Air asam jawa
  • 16 senduk kecil cili kering kisar
  • 6 sudu besar gula
  • 3 sudu plastik garam

Cara memasak:

  1. Mula-mula, kisar separuh bawang besar bersama bawang putih. Masa kisar jangan letak terlalu banyak air.
  2. Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak. Masukkan bawang besar yang dihiris dan tumis sampai keperangan.
  3. Sambil itu, rendam ikan bilis dalam air supaya lembut dan mudah ditumbuk.
  4. Bila bawang dah sedikit garing, masukkan bahan kisar tadi dan kacau sampai keperangan juga. Tumis guna api sederhana besar.
  5. Kalau nak tahu bawang sudah masak atau tidak, ia akan sedikit melekat-lekat pada kuali.
  6. Bila bahan tumis dah masak, masukkan cili kering kisar. Waktu kisar cili kering, jangan letak terlalu banyak air. Kacau sampai garing.
  7. Sambil itu, tumbuk ikan bilis yang sudah lembut menggunakan lesung. Tumbuk kasar sahaja. Sisa bekas tumbuk ikan bilis jangan basuh, bancuh asam jawa dalam lesung itu. Ketepikan seketika.
  8. Bila sambal sudah berubah warna dan melekat-lekat pada kuali, itu tanda cili sudah garing bukan hangus.
  9. Sekarang, boleh masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi. Kacau dalam 10 minit untuk bagi ikan bilis masak.
  10. Selepas itu, masukkan air asam jawa yang dalam lesung tadi. Tips sambal sedap, kena letak 3 kali air asam jawa.
  11. Kemudian, perasakan sambal dengan gula dan garam. Kacau sebati dan sambal sedia untuk dihidangkan.
  12. Hasil kejadian selepas satu jam masak.cara masak sambal tumis

Tips penting: Untuk hasilkan sambal yang sedap, bukan terletak pada bahan sahaja. Tapi masak kena lama, sampai naik minyak guna api sederhana. Jadi, kena banyak bersabar untuk dapatkan hasilnya.

Sumber: Hanidah Hani

Baca juga: Cara Sukat Nasi Lemak Untuk Makan Ramai, Baru Tak Risau Terlebih Atau Terkurang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN