Sesiapa saja pasti akan terliur dengan resepi sambal tempoyak sardin petai ini. Ia merupakan masakan kampung yang sangat membuka selera!
Nak buat masakan ini wajib ada tempoyak. Musim durian ini sesuai sangat kalau nak buat stok tempoyak. Mudah bila nak masak ikan patin, sambal tempoyak dan lain-lain.
Kalau ada satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah. Gaul dengan nasi panas-panas, fuhh memang mantap! Ikut saja resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Masak Tempoyak Daun Kayu, Masakan Kampung Yang Lazat & Menyelerakan
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Asingkan ikan sardin dan kuahnya. Ketepikan seketika.
2. Kisar cili padi, bawang putih dan bawang merah menggunakan chopper.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan garing.
4. Kemudian, tuangkan air secukupnya. Masukkan pula tempoyak dan kacau rata.
5. Seterusnya, perasakan dengan gara secukupnya.
6. Biarkan sambal pekat dan pecah minyak.
7. Kemudian, baru masukkan sardin yang sudah diasingkan dengan kuah.
8. Akhir sekali, masukkan petai. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Lihat video penuh:
@madammusfirah Replying to @nuhanaufal al fatihah utk arwah ibu. tak sanggup nak bayang kalau hilang insan paling bermakna utk kita😭😭😭 . Lauk hari ni ai masak: 💗Sambal Tempoyak Sardin Petai 💗Kailan Tumis Sos Tiram + Fish Cake #CookingVideos #fypシ゚viral #fypシ #tiktokfood #masakankampung #kampungvibes #laukkampung #TikTokFoodRecipes
Kredit resipi: madammusfirah
Baca juga: Resipi Sambal Tempoyak Udang Petai, Memang ‘Confirm’ Bertambah Nasi!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…