resepi sambal sardin

Resepi sambal sardin ini sering menjadi pilihan ramai apabila tiada idea untuk masak apa.

Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap. Makan pula dengan nasi panas, confirm makan bertambah!

Kalau ada yang first time nak masak sambal sardin ini, jom ikuti resipi perkongsian oleh Puan Liza Idris di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Gesek Nogori, Menu Simple Tapi Cukup Menyelerakan!

RESEPI SAMBAL SARDIN GORENG BERAPI

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin mackerel
  • 1 biji bawang holland (separuh untuk tumis dihiris halus, separuh untuk akhir masakan dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 3 biji cili padi diketuk, nak pedas letak lebih
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 biji kentang size kecil dipotong dadu
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu kicap

Cara-cara:

1. Buka tin sardin, asingkan isi dan kuah.

resepi sambal sardin

2. Goreng isi ikan dulu. Guna air fryer senang, tak risau meletup jika digoreng.

Jika nak menggoreng atas dapur gas, letakkan 1 sudu tepung jagung ke dalam minyak sebelum menggoreng sardin.

3. Dalam masa yang sama, goreng ubi kentang yang dipotong dadu. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan minyak, tumis bawang holand dan bawang putih sampai naik bau.

5. Seterusnya masukkan cili kisar. Kacau sebati, kemudian masuk kuah ikan sardin yang ditapis tadi. Kacau lagi.

6. Masukkan setengah cawan air asam jawa.

7. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

8. Campakkan juga cili padi dan bawang holland.

resepi sambal sardin

9. Masukkan pula isi ikan dan kentang goreng.

10. Letakkan tomato dan gaul sebati. Tuangkan juga sedikit kicap.

11. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris

Baca juga: Resipi Sambal Sotong Mudah & Lazat, Hilangkan Bau Hanyir Dengan ‘Teknik’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN