Resepi sambal paru berlada adalah hidangan yang pasti buat anda terliur! Dengan paru yang digoreng rangup dan sambal yang pedas, resipi ini memang sesuai penggemar masakan pedas.
Mula-mula, paru ini direbus dulu hingga lembut dan selepas itu digoreng sehingga garing. Kemudian, paru yang rangup digaul dengan sambal yang pedas tapi seimbang rasa manis dan masin. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Paru Goreng Crispy, Kena Ikut ‘Tips’ Ini Barulah Rangup Elok!
RESEPI SAMBAL PARU BERLADA
Bahan-Bahan:
- 1 kg paru (dibersihkan, direbus bersama sedikit garam, halia, dan sebatang serai yang diketuk)
- Minyak untuk menggoreng
- Garam secukup rasa
- Kunyit secukup rasa
Bahan-Bahan Sambal:
- 10 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
Cara-Cara:
- Rebus paru yang telah dibersihkan bersama sedikit garam, halia, dan sebatang serai yang diketuk. Saya menggunakan periuk tekanan (pressure cooker). Setelah paru menjadi lembut, potong nipis dan taburkan sedikit garam serta kunyit. Panaskan minyak dan goreng paru hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sambal, kisar kasar cili merah, bawang besar, dan bawang putih.
- Tumis bahan-bahan yang telah dikisar menggunakan lebihan minyak dari menggoreng paru tadi. Tumis hingga wangi.
- Setelah bahan tumisan wangi, masukkan 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar untuk memberikan warna yang lebih cantik pada sambal.
- Tambahkan gula dan sedikit air asam jawa, kacau hingga sebati dan sambal naik minyak.
- Masukkan paru yang telah digoreng. Perasakan dengan garam. Tambahkan bawang besar yang diris. Kacau hingga rata dan tutup api.
- Hiaskan dengan daun bawang jika suka. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nur Masri
Baca juga: Cara Masak Paru Goreng, Ini Petua Rangup & Tak Hanyir