sambal nasi ayam

Sambal nasi ayam memang memainkan peranan penting untuk keseluruhan hidangan. Kalau sambal tak sedap, habis lari rasa satu pinggan!

Kadang-kadang ayam dah cukup lembut, nasi pun wangi, tapi bila sambal dia tawar atau cair, terus hilang selera.

Sebab itu sambal ini kena ada rasa pedas, manis dan masam yang seimbang, tak cair dan pekat. Barulah sempurna!

Jika nak tahu cara buat sambal yang pekat, tak berair dan cantik berkilat, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Najah Mohd di bawah.

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Roasted Homemade Ini Kalah Kedai, Dijamin Satu Rumah Puji Sedap!

RESEPI SAMBAL NASI AYAM

sambal nasi ayam

Bahan-bahan:

  • 3 batang cili besar
  • 2-3 batang cili kecil
  • 1 biji tomato
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula putih
  • Sedikit nise (gula merah)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan iaitu cili besar, cili kecil dan tomato tanpa letak air. Air dari tomato sudah cukup untuk bantu kisar. (Kalau letak air, nanti sambal akan jadi cair.)
  2. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak atas api sederhana.
  3. Masukkan sedikit nise (gula merah). Inilah rahsia warna sambal jadi cantik berkilat!
  4. Tambah garam dan sedikit gula putih ikut citarasa.
  5. Masak hingga sambal pecah minyak dan buih-buih halus hilang.

Sumber: Najah Mohd

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Paling Mudah, Sangat Semerbak Baunya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN