Resepi sambal kicap perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Cik Puan Zee ini sangat pekat dan power! Barulah lebih sedap jika mahu dimakan bersama mi sup, bihun sup, tempe goreng, tauhu goreng dan pisang goreng.
Menurut beliau, sambal kicap ini merupakan resipi rahsia ibunya. Disebabkan oleh kesedapannya, ramai yang meminta resipi selepas mencuba sambal kicap tersebut.
Kalau ada yang sudah lama mahu belajar cara membuatnya, boleh ikuti resipi penuh di bawah. Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaanya sangatlah ringkas.
Baca juga: Petua Buat Sambal Belacan Sedap & Tak Pahit, Ikut Cara Mudah Ini
RESEPI SAMBAL KICAP PEKAT
Bahan-bahan:
- 50 biji cili padi
- 10 ulas bawang putih
- 3 sudu besar gula
- Kicap (kuantiti mengikut warna hitam yang dimahukan)
- 5 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar serbuk cukup rasa
- Air masak (kuantiti bergantung pada kepekatan yang dimahukan)
Cara memasak:
1. Kisar semua bahan sehingga halus. Kalau guna kicap manis, tambahkan secubit garam. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.
2. Rahsia sambal kicap yang lebih padu adalah dengan tambahkan sos cili ke dalam sambal.
3. Kalau nak sambal yang pekat, jangan letak air terlalu banyak. Nanti sambal kicap cair pula.
4. Sesuaikan rasa pedas mengikut selera masing-masing. Jika terlalu pedas, tambahkan sedikit gula.
5. Letak sambal dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai berbulan-bulan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Zee via Masak Apa Hari Ni
Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!