Kalau suka lauk kering yang pedas dan ada rasa manis-manis, sambal kentang rangup ini memang boleh buat bertambah nasi. Gabungan kentang goreng, tempe dan ikan bilis yang disalut sambal cili kering menghasilkan tekstur rangup dan rasa yang cukup menyelerakan.
Resipi ini juga sesuai dibuat dalam kuantiti banyak. Boleh dijadikan stok di rumah atau dibawa untuk dikongsi dengan kawan-kawan di tempat kerja. Walaupun proses menggoreng kentang agak mengambil masa, hasilnya memang berbaloi kerana hasilnya sangat sedap dan sekejap boleh habis!
Paling penting, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggoreng kentang. Minyak perlu cukup banyak, kentang jangan dimasukkan terlalu banyak sekali gus dan perlu selalu dikacau supaya tidak melekat antara satu sama lain. Sambal pula perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan bahan-bahan yang digoreng supaya semuanya kekal rangup.
Baca juga: Resipi Cucur Ubi Kentang Goreng ‘Bulat’ Rangup, Tak Sempat Susun Cantik Atas Pinggan Dah Licin!
RESEPI SAMBAL KENTANG RANGUP

Bahan utama:
- Kentang
- Tempe
- Ikan bilis
- Minyak untuk menggoreng
Bahan sambal:
- Cili kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam
- Gula
- Perasa secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Kupas kentang, kemudian potong nipis dan basuh bersih.
- Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali.
- Goreng kentang sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu padat dalam kuali.
- Kerap kacau ketika menggoreng supaya hirisan kentang tidak melekat antara satu sama lain.
- Goreng sehingga kentang garing dan keemasan. Angkat dan toskan.
- Goreng pula tempe sehingga rangup, diikuti dengan ikan bilis. Toskan kesemuanya.
- Untuk menyediakan sambal, kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga sambal benar-benar masak dan naik minyak.
- Perasakan dengan garam, gula dan sedikit perasa mengikut citarasa.
- Masak sehingga sambal pekat dan kemudian biarkan sambal sejuk sepenuhnya.
- Setelah sambal sejuk, masukkan kentang, tempe dan ikan bilis yang telah digoreng.
- Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan bersalut sambal dengan sekata.
- Sambal kentang rangup sedia untuk dinikmati.
Sumber: Roha Adrinna
Baca juga: Resipi Sambal Ikan Bilis Kentang Pedas-Pedas Manja, Makan Dengan Nasi Panas Memang Bertambah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

