Sambal hijau ini adalah resipi yang mudah untuk dicuba. Dengan hanya lima bahan asas dan cara penyediaan yang ringkas, anda sudah boleh menghasilkan sambal yang lazat!
Ia bukan sahaja enak dimakan bersama ayam goreng atau ikan goreng, tapi juga sangat sedap dinikmati dengan lempeng atau cekodok. Rasa pedas-pedas manja pasti membangkitkan selera dan menjadikan hidangan anda lebih istimewa.
Jadi, mari kita lihat bahan-bahan dan langkah untuk membuat sambal ini. Lebih baik jika anda buat stok banyak sekali gus, supaya boleh dinikmati bila-bila masa.
Baca juga: Tips Sambal Telur Rebus Padu, Ada 1 Rahsia Untuk Sambal Jadi Cantik Kemerahan, Ini Caranya…
RESEPI SAMBAL HIJAU ALA PADANG
Bahan-bahan:
- ½ cawan minyak masak
- 5 ulas bawang putih
- ½ biji bawang merah
- 30 tangkai cili api hijau
- 1 biji tomato hijau
Cara-cara:
- Rebus semua bahan di atas, kemudian toskan.
- Cincang kasar semua bahan kecuali minyak, atau tumbuk (boleh guna chopper untuk memudahkan kerja).
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali, dan tumis bahan yang dicincang kasar.
- Apabila naik bau, masukkan garam, gula, dan serbuk perasa jika mahu.
- Kacau hingga sebati, dan sambal siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie
Baca juga: Resipi Sambal Terung Berlado, Ikut Tips Ini Agar Tak Serap Minyak