sambal belimbing

Belimbing buluh boleh dijadikan pelbagai hidangan menarik seperti sambal hitam, jus minuman, halwa manis dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat sambal belimbing tau!

Apa yang lebih menarik, resepi sambal belimbing ini hanya memerlukan 3 bahan saja. Walaupun caranya ringkas, namun ianya cukup membuka selera dengan gabungan rasanya yang masam, manis, lemak dan pedas.

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

RESEPI SAMBAL BELIMBING BULUH

Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Niq Ain di bawah ini:

“Dah lama cari, akhirmya terbuatlah smbal belimbing. Kalau lauk macam ni, awak semua berapa pinggan hadap? Resepi senang senang, kalau susah semua tak nak ambil kan…”

Bahan-bahan yang diperlukan:

Ikan selayang
– Cili padi
– Belimbing buluh

Cara membuat:

1. Rebus ikan selayang, masin sedikit.

2. Asingkan tulang dan tumbuk isi ikan tersebut.

3. Kemudian masukkan pula cili padi.

4. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh. Saya letak akhir sekali belimbing sebab takut terpercik.

5. Kemudian, saya hiris lagi belimbing gaul dalam tu lagi.

sambal belimbing

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

sambal belimbing

Kredit resipi dan gambar: Facebook Niq Ain via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Sambal Tomato Jawa, Punyalah Pedas Sampai Meleleh Air Hidung!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN