Categories: Resipi

Resipi Kuih Ropa Ikan Guna Kulit Popia, Lagi Sedap Rupanya Sebab Sangat Rangup!

Kuih ropa ikan ini tidak asing lagi dalam kalangan orang pantai timur, lebih lagi di Terengganu. Rakyat Terengganu memanggilnya dengan nama kuih lipat.

Sebenarnya kuih ini seakan martabak, namun empunya resipi tidak pandai membuat kulitnya dan menggantikan dengan kulit popia.

Tidak mengapa, yang penting rasanya sama sahaja seperti ropa ikan biasa. Sekurangnya boleh hilangkan rasa rindu mereka yang menetap jauh dari kampung halaman.

Jika ada yang mahu belajar cara membuatnya, mari ikuti resipi perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Wan N Wan M di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Kacang Merah Lembut Bergedik, Kenyal-Kenyal & Lemak Manis!

RESEPI ROPA INTI IKAN

Bahan-bahan:

– Ikan 5/6 ekor
– Bawang merah kecil 4 ulas
– Halia 1 inchi
– Halba 1 sudu kecil
– Lada kecil 2 biji (resepi asal tak ada cili, letak nak bagi ada rasa pedas sikit)
– Santan 1 kotak 200ml

Cara-cara:

1. Mula-mula rebus ikan dengan 1 asam keping dan sedikit garam. Rebus sampai ikan masak. Ikan boleh nak guna ikan kembung/selar/selayang/sardin. Ikut selera masing-masing.

2. Sambil tunggu rebus ikan, blend bawang kecil, halia dan lada kecil. Blend halus.

3. Bila ikan dah siap rebus, buang tulangnya dan ambil isi dia saja. Hancur-hancurkan guna tangan seperti dalam gambar di bawah.

4. Kemudian, masukkan isi ikan dalam kuali. Jangan isi minyak ya. Masukkan terus isi ikan, bahan blend, halba dan santan.

5. Masukkan 1 sudu kecil halba.

6. Masukkan santan kotak 200ml. Kalau guna santan segar, masukkan 1 cawan.

7. Kacau sebati guna api sederhana ya. Masa ini boleh masukkan gula 2 sudu kecil dan garam 1/2 sudu kecil. Masak sampai kering tapi jangan terlalu kering.

8. Nampak dah kering seperti ini, tutup api. Biarkan sejuk dulu.

9. Dah sejuk, kita gulung lah popia inti ikan kita ini. Letak 1 sudu besar inti popia ni atas kulit popia. Kemudian gulung dengan padat dan kemas supaya popia kekal rangup sampai malam.

10. Goreng dengan minyak panas dengan api sederhana besar. Jangan api besar, nanti cepat sangat kulit popia masak dan cepatlah jadi lembik kulitnya nanti.

11. Nampak warna golden brown macam ini, bolehlah angkat. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Wan N Wan M via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Akok Kedut Guna Acuan Kuih Cara, Bakar Atas Dapur Gas Je!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago