resepi rempah kari homemade

Buat anda yang suka memasak semestinya memikirkan resepi bahan masakan untuk jimat berbelanja dan salah satunya ialah resepi rempah kari homemade yang mudah.

Kari merupakan serbuk rempah yang menggabungkan pelbagai jenis herba untuk hidangan berempah yang lebih sedap dan beraroma.

Berasal dari India, kari merupakan salah satu menu masyarakat Asia yang istimewa terutamanya di Malaysia.

Baca juga: Cara Buat Minyak Bijan Homemade, Lebih Jimat Dengan 2 Bahan Saja!

Ada banyak jenis rempah kari yang boleh dibeli di kedai runcit atau pasar raya, tapi yang paling popular adalah rempah kari ikan, ayam dan daging.

Takkanlah setiap masa harus beli rempah kari, jadi sekali-sekala anda cubalah buat sendiri di rumah untuk lebih berjimat.

Resepi rempah kari homemade yang dikongsikan oleh zaila HZ di blognya cukup menarik untuk anda buat di rumah. Jom cuba!

RESEPI REMPAH KARI HOMEMADE

resepi rempah kari homemade

Bahan A:

  • 3 keping kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan B:

  • 5 sudu besar serbuk cili
  • 4 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-cara:

1. Bilas sikit bahan A dengan air dan tos, kemudian sangai sehingga naik bau harum.

2. Biarkan sejuk sekejap, kemudian kisar bahan A sehingga halus dengan pengisar kering. Lebih halus, lebih baik.

3. Gaul semua bahan B dalam mangkuk. Campurkan dengan hasil kisar bahan A. Rempah kering yang sedia digunakan seperti rempah paket biasa sudah siap!

resepi rempah kari homemade

4. Jika nak sediakan rempah basah, boleh panaskan minyak ¼ cawan, tumis rempah kering yang telah dibancuh dengan ½ cawan air (pes).

5. Setelah naik minyak, boleh tutup api dan sejukkan, kemudian simpan di bekas dalam peti sejuk. Siap!

Selepas ini anda bolehlah jadi resepi rempah kari homemade ini sebagai salah satu stok bahan masakan di rumah.

Jangan lupa untuk kongsikannya kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang suka memasak okay?

Selamat mencuba!

Sumber: zaila HZ

Baca juga: Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN