pulut panggang

Hari Raya tak lengkap tanpa kudapan tradisional yang wangi, manis dan rangup. Salah satu yang mesti ada di meja raya ialah pulut panggang inti serunding kelapa udang kering.

Pulut yang lembut dipadu dengan inti kelapa berperisa udang kering dan rempah ratus, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga sambil bersembang dan minum teh panas.

Kalau tak nak kalut, boleh buat awal dari sekarang dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila hari raya, tinggal panggang sahaja.

Baca juga: Resipi Bubur Cha Cha Homemade, Manisan Tradisional Warna-Warni Yang Memikat Hati!

RESEPI PULUT PANGGANG INTI SERUNDING KELAPA UDANG KERING

pulut panggang

Bahan-bahan pulut:

  • 2 cawan pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • Sikit garam
  • Daun pisang (bersihkan, layurkan dan potong ikut saiz yang dikehendaki)

Cara masak pulut:

  1. Cuci pulut hingga bersih.
  2. Masukkan pulut bersama santan, air dan garam.
  3. Masak pulut seperti menanak nasi sehingga lembut dan sebati.

Bahan-bahan serunding:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula melaka (racik halus)
  • 1/2 sudu besar gula pasir
  • 10 cili kering (rendam dalam air panas)*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • 1 sudu teh jintan kasar*
  • 2 batang serai*
  • 2 sudu besar udang kering (rendam terlebih dahulu)*

Cara buat serunding:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) sehingga halus.
  2. Satukan bahan kisar dengan kelapa parut, garam dan gula.
  3. Kacau di atas api sederhana hingga agak kering dan berderai. (Jika suka serunding sedikit
  4. basah, kacau sahaja sehingga kelapa masak.)

Cara bungkusan pulut panggang:

  1. Ambil sesudu besar pulut, letak atas daun pisang dan tekan sedikit hingga leper. Untuk elak pulut melekat pada tangan, boleh gunakan sarung tangan plastik atau daun pisang kecil.
  2. Sudukan inti serunding di tengah-tengah pulut secara memanjang.
  3. Lipat kiri dan kanan daun pisang supaya inti tertutup.
  4. Gulung daun pisang dengan kemas. Sesuaikan ikut saiz dan bentuk yang diingini.
  5. Sematkan hujung gulungan dengan lidi dan gunting sedikit untuk kemasan.
  6. Susun pulut panggang dalam kuali non-stick tanpa minyak dan panggang sebentar sehingga wangi dan sedikit garing di luar.

Tips tambahan:

  • Pastikan daun pisang telah dilayurkan agar mudah digulung dan tidak mudah koyak.
  • Untuk serunding yang lebih pedas, tambah beberapa cili kering semasa blend.
  • Pulut panggang ini boleh disimpan sejuk dalam peti ais dan dipanaskan semula bila nak makan.

Sumber: Lin Linda Azlinda

Baca juga: Resipi Agar-Agar Lumut Pandan Yang Wangi & Lembut Berlemak, Paling Sedap Dimakan Sejuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN