kuih lopes pulut

Siapa sangka buat kuih lopes pulut yang lembut dan berlemak sebenarnya sangat mudah jika menggunakan rice cooker. Tidak perlu lagi mengukus lama atau membalut dengan daun pisang, cara moden ini tetap menghasilkan tekstur yang padat dan aroma pandan yang asli.

Teknik ringkas ini sangat membantu bagi anda yang sibuk tetapi teringin menikmati hidangan tradisional air tangan sendiri. Hanya perlu masak pulut seperti nasi biasa, tekap dan sedia untuk dihidangkan bersama curahan air gula melaka yang pekat.

Jom semak bahan-bahan dan cara penyediaan di nawah ini. Hasilnya pasti memuaskan hati dan sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk seisi keluarga!

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Kenyal & Meletup Dalam Mulut, Inti Gula Melaka Cair Meleleh!

RESEPI KUIH LOPES PULUT GUNA RICE COOKER

kuih lopes pulut

Bahan bahagian pulut:

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 ½ cawan air pandan (hasil kisaran daun pandan segar)
  • Sedikit pewarna hijau (untuk warna lebih menyerlah)
  • Sedikit garam

Bahan bahagian kelapa kelapa parut:

  • Kelapa parut putih (secukupnya)
  • Sedikit garam (untuk rasa lemak)

Bahan air gula melaka:

  • 1 keping gula kabung
  • 1 ½ cawan gula merah
  • 1 ½ cawan gula putih
  • Sedikit air (ikut kepekatan yang diingini)
  • Sehelai daun pandan (disimpul)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi (rice cooker) bersama air pandan, pewarna hijau dan sedikit garam. Masak seperti biasa menggunakan fungsi memasak nasi.
  2. Setelah pulut masak, pindahkan pulut ke dalam loyang yang telah dilapik plastik (supaya tidak melekat). Tekan pulut kuat-kuat sehingga benar-benar padat. Setelah itu, tekap pulut menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat yang cantik.
  3. Kukus kelapa parut putih seketika (supaya tahan lama dan tidak cepat basi) dan gaulkan dengan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemaknya.
  4. Satukan gula kabung, gula merah, gula putih, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan mencapai kepekatan yang anda suka. Tapis jika perlu.
  5. Ambil pulut yang telah ditekap tadi, golekkan ke atas kelapa parut sehingga rata.
  6. Curahkan air gula melaka yang pekat di atasnya. Sedia untuk dinikmati!

Tips: Pastikan pulut ditekan sekuat mungkin semasa masih panas supaya kuih lopes tidak mudah pecah atau berderai semasa dipotong atau ditekap.

Sumber: Hidayah Jamaludin

Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN