Categories: Resipi

Resepi Pulut Pagi Paling Lembut, Makan Dengan Kelapa Parut Terasa Nikmatnya

Ada sesetengah makanan tradisi yang namanya kekal sama walaupun dimakan pada waktu lain, itulah resepi Pulut Pagi. Walaupun dijamah petang atau malam, orang tetap panggil Pulut Pagi.

Pulut Pagi ialah hidangan tradisional popular di Kelantan yang menggunakan beras pulut kukus, kemudian digaul dengan gula melaka cair dan dimakan bersama kelapa parut yang digaul garam.

Resepi Pulut Pagi yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa ini mengekalkan cara tradisional tetapi dengan sedikit ubah suai pada tahap kemanisan, menjadikannya lebih seimbang untuk semua selera. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Rahsia Pulut Kuning Diraja Cantik Berkilat, Ada Petua Kena Ikut!

RESEPI PULUT PAGI

Bahan-bahan:

  • ½kg beras pulut
  • 2 keping gula melaka (resipi asal guna 3 keping, boleh kurang jika tak nak terlalu manis)
  • 1 sudu besar gula pasir (pilihan)
  • Kelapa parut
  • Secubit garam
  • Daun pandan

Cara-cara buat:

1. Jika ingin menikmatinya awal pagi, boleh basuh dan rendam beras pulut pada malam sebelumnya untuk memudahkan proses memasak.

2. Kukus pulut kira-kira 30 minit atau sehingga terbit bau harum semerbak. Ini tanda pulut sudah masak elok dan lembut.

3. Masak 2 keping gula melaka bersama ½ cawan air dan 1 sudu besar gula sehingga semuanya larut. Kuah gula melaka inilah yang memberikan rasa lemak manis pada pulut.

4. Tuang air gula melaka ke dalam pulut yang telah dikukus. Gaul rata, kemudian kukus sekali lagi selama 5 hingga 10 minit untuk memastikan rasanya meresap sempurna.

5. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam. Bagi menjadikannya tahan lama dan tak cepat masam, kukus kelapa selama 5 hingga 10 minit.

Setelah pulut sudah masak dan lembut, bolehlah padankan dengan sedikit kelapa parut masin. Gabungan rasa lemak, manis dan masin menjadikan resepi Pulut Pagi lebih memikat selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Cara Mudah Tanak Pulut Guna Periuk Nasi, Hasil Cantik & Tak Perlu Kukus

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago