pulut kuning diraja

Pulut kuning memang sinonim dengan majlis istimewa seperti kenduri kesyukuran, bertunang dan ulang tahun. Nak buat Pulut Kuning Diraja yang cantik berkilat, ada rahsianya.

Apabila tengok hasil pulut yang menjadi, tak kering atau lembik, memang puas hati. Lebih-lebih lagi jika warnanya cantik seperti kuning diraja, memang terpikatlah.

Jika anda sedang mencari resipi pulut kuning pasti jadi, boleh ikut cara buat Pulut Kuning Diraja yang dikongsikan oleh Salmanormi Saleh di Facebook. Jom kita tengok resipinya!

Baca juga: Cara Mudah Tanak Pulut Guna Periuk Nasi, Hasil Cantik & Tak Perlu Kukus

RESIPI PULUT KUNING DIRAJA

pulut kuning diraja

Bahan-bahan:

  • 1kg beras pulut (untuk 10 hingga 15 orang makan)
  • Santan kelapa sebiji (anggaran 2 cawan pati santan)
  • Daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 keping asam keping
  • 1 sudu garam

Cara-cara buat:

  1. Cuci beras pulut sebanyak tiga kali sehingga bersih.
  2. Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit dan asam keping selama lebih kurang 5 jam.
  3. Tapis pulut dan kukus bersama daun pandan selama 30 minit.
  4. Sementara itu, kecilkan api dan gaul pati santan bersama 1 sudu garam.
  5. Angkat pulut kukus tadi dan gaulkan dengan santan ketika masih panas.
  6. Kukus sekali lagi selama 20 minit bersama daun pandan.

Tips istimewa:

  • Sewaktu rendam beras pulut, letak asam keping supaya pulut kuning nampak lembut, wangi dan berkilat cantik selepas dikukus.

Selamat mencuba!

Sumber: Salmanormi Saleh

Baca juga: Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN