pulut bakar

Pulut bakar memang antara kuih tradisional yang sangat digemari oleh orang Kelantan. Kuih ini terkenal dengan aroma wangi daun pisang bakar dan rasanya yang lemak manis.

Walaupun bahan-bahannya ringkas, proses penyediaannya perlukan sedikit kesabaran supaya hasilnya lembut dan berlemak elok. Kalau anda suka kuih tradisional, bolehlah cuba resipi ini!

Baca juga: Resipi Kuih Lepat Pisang Bersantan, Wangi Daun & Rasa Lemak Manis Memang Tak Cukup Satu!

RESEPI KUIH PULUT BAKAR

pulut bakar

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • Daun pisang secukupnya (untuk membungkus)

Cara-cara:

  1. Rendam beras pulut selama 2 hingga 3 jam.
  2. Kukus pulut selama lebih kurang 30 minit hingga masak.
  3. Angkat dan masukkan pulut ke dalam kuali.
  4. Masukkan gula, sedikit garam dan bunga cengkih. Kacau (arun) menggunakan sudip kayu hingga sebati.
  5. Tambahkan santan pekat dan teruskan mengacau hingga adunan nampak sekata.
  6. Letakkan atas dapur dengan api perlahan dan teruskan mengacau sehingga santan, gula dan pulut menyerap elok.
  7. Bila siap, biarkan pulut sejuk seketika.
  8. Bentukkan pulut mengikut saiz yang diinginkan, kemudian bungkus dengan daun pisang.
  9. Bakar atas bara api atau pan hingga daun pisang sedikit hangus dan berbau wangi.

Sumber: Rohayah Mohd Noor

Baca juga: Resipi Butir Nangka, Kuih Manis Berkuah Yang Paling Nikmat Bila Sejuk-Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN