
Butir nangka ialah kuih tradisional yang cukup terkenal di Pantai Timur. Bentuknya kecil memanjang menyerupai isi buah nangka, tapi sebenarnya langsung tidak menggunakan buah nangka.
Bubur ini biasanya berwarna hijau kerana doh pulut digaul dengan air pandan. Namun, kalau nak letak pewarna lain yang digemari pun boleh, bergantung pada cita rasa masing-masing.
Lagi sedap kalau dimakan sejuk-sejuk. Rasa segar dan lemak manisnya memang lebih terasa. Jadi, ibu-ibu bolehlah cuba buat sendiri di rumah untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Bubur Cha Cha ‘Meriah’, Isi Penuh & Kuah Jadi Lagi Pekat Bila Sejuk!
RESEPI BUBUR BUTIR NANGKA

Bahan-bahan tepung butir nangka:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- Secubit garam halus
- Air (dituang sedikit demi sedikit)
- Setitik perwarna kuning
Cara buat tepung butir nangka:
- Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh.
- Cubit sedikit doh dan gentel membujur.
- Rebus di dalam air yang sedang mendidih.
- Biarkan sehingga doh timbul di permukaan.
- Bila dah timbul, baru boleh angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.
Bahan-bahan kuah:
- Setengah cawan air
- 3 sudu besar gula putih
- 2 ikat daun pandan
- Sekotak santan
- Sedikit halba
- 3 sudu besar bancuhan tepung jagung
Cara buat kuah:
- Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih dan 2 ikat daun pandan.
- Biarkan mendidih sehingga gula cair.
- Kemudian perlahankan api, masukkan sekotak santan.
- Sentiasa gaul kuah supaya tak berketul.
- Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
- Akhir sekali, masukkan tepung butir nangka tadi.
- Gaul sebati dan siap. Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














