Jika lalu depan kedai bakeri di pusat membeli-belah, pasti terbau aroma pastri yang memikat selera. Sebenarnya, ada resepi Puff Pastry Sosej Cheese untuk anda cuba di rumah tau.
Buat anda yang baru pertama kali dengar tentang Puff Pastry, sebenarnya ia adalah sejenis pastri yang ringan, berkeping-keping dan rapuh apabila dimakan.
Puff Pastry diperbuat daripada doh tepung dan diletakkan marjerin khas yang dikenali sebagai marjerin pastri. Selain itu, ia dicanai dan dilipat berkali-kali menjadikan ia berlapis-lapis antara doh tepung dan marjerin.
Baca juga: Roti Sosej Kukus Guna 5 Bahan, Tak Goreng Pun Tetap Lembut Dan Gebu
Semua kedai bakeri yang ada di Malaysia pasti menyediakan pelbagai pilihan makanan yang menggunakan Puff Pastry yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan rasa yang menarik.
Jika anda malas nak keluar rumah untuk ke kedai bakeri, boleh saja buat resepi Puff Pastry Sosej Cheese yang dikongsikan oleh Doris Tan di Facebook ini. Jom kita cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula gulung pastry bersama sosej dan cheese (bentuk terpulang ikut suka).
2. Selepas itu, sapu kuning telur pada pastry yang digulung tadi.
3. Akhir sekali, bakar dengan air fryer pada suhu 200°C selama 10 minit. Jangan lupa untuk panaskan air fryer dengan suhu 200°C selama 5 minit sebelum bakar. Siap untuk dinikmati!
Resepi Puff Pastry Sosej Cheese tak sama seperti roti sosej biasa kerana ia menggunakan Puff Pastry dan hasilnya lebih rapuh dan rangup apabila dimakan.
Buat mak-mak yang terfikir untuk tarik selera anak makan pada waktu pagi, semestinya Puff Pastry Sosej Cheese ini merupakan pilihan tepat untuk anda jadikan sebagai hidangan sarapan di rumah.
Hasilnya yang kuning keemasan dan bau aroma pastrinya saja sudah cukup membuatkan sesiapa yang melihatnya pasti terliur.
Selamat mencuba!
Sumber: Doris Tan
Baca juga: Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Boleh Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Guna Minyak!
Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…
Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…
Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…
Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…