Bila dah bosan hari-hari makan nasi dengan lauk, mulalah tekak terasa teringin sangat masakan panas yang mudah seperti kuetiau basah seafood.
Lagi sedap kuetiau basah itu bukan sahaja ada campuran kerang tetapi meriah dengan udang dan sotong. Senang cerita, bila makan, memang menambah.
Salah satu cara untuk bagi rasa lagi sedap adalah makan panas-panas bersama cili jeruk. Sedapnya!
Jom baca resipi penuh di bawah ini.
Baca lagi: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.
2. Pecahkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga hancur. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bawang putih yang telah diketuk sehingga naik bau yang wangi.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak, menandakan cili sudah masak sempurna.
5. Tambahkan udang dan sotong, kemudian masak sehingga kedua-duanya masak.
6. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato, dan sos ikan. Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan kuah.
7. Masukkan taugeh, kucai, kuetiau, tomato, cili merah, dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan masak dengan sempurna.
8. Setelah semuanya masak dan kuah sudah meresap, angkat dan hidangkan kuetiau basah seafood ini.
Sumber: Nurul Ateekah
Baca lagi: Sambal Udang Bersantan, Letak Pula PETAI, Memang Buat Makan Bertambah!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…