Mak-mak yang suka buat menu ringkas untuk sarapan atau minum petang di rumah, boleh cuba resepi Puding Roti simple pada hari ini.
Nampak macam biasa, tapi sebenarnya Puding Roti adalah hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal di luar negara seperti England, Perancis, Mexico dan banyak lagi.
Tak dinafikan yang kanak-kanak mudah tertarik untuk makan hidangan seperti Puding Roti yang bukan saja berwarna terang, malah nampak menyelerakan di mata mereka.
Oleh itu, kami nak kongsikan resepi Puding Roti simple oleh Rozmaliza Omar di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya sungguh mengiurkan. Jom kita cuba!
Baca juga: Pisang Butter Sos Kastard, Idea Pencuci Mulut Yang Buat Ramai Ketagih
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pukul telur dan gula sehingga hancur. Masukkan susu segar dan esen vanilla, kemudian kacau rata. Ketepikan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, koyak-koyakkan roti krim pelbagai perisa dan boleh susun dalam mangkuk tahan panas yang sudah disapu dengan butter.
3. Setelah itu, tuangkan adunan telur sehingga rata. Kemudian, letakkan sedikit butter di atas adunan dan biarkan sebentar.
4. Akhir sekali, bakar selama 40 minit pada suhu 150ºC. Siap untuk dinikmati!
Biasanya ia dihasilkan dengan lebihan roti, tapi Puding Roti ini menggunakan roti krim yang membuatkannya nampak kreatif dan lain dari yang lain.
Jika di Malaysia, Puding Roti sering dihidangkan bersama sos kastard. Namun, ia juga enak dinikmati bersama kuah yang manis seperti krim vanilla atau pandan.
Bukan mudah nak tarik selera anak untuk makan, tapi dengan resepi Puding Roti simple ini pasti akan menggembirakan mak-mak di seluruh dunia.
Selamat mencuba!
Sumber: Rozmaliza Omar
Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…