resepi puding

Mr. Ali merupakan seorang bakers yang makin dikenali ramai kerana tidak lokek resipi. Kali ini beliau berkongsi pula resepi puding lapis pandan santan.

Puding ini mempunyai beberapa lapisan yang terdiri dari dua perisa iaitu pandan dan susu. Gabungan dua perisa ini sangat sesuai dan sedap bila dimakan.

Tekstur puding ini juga sangat lembut kerana sukatan agar-agarnya yang bersesuaian. Selain itu, anda juga boleh ubah suai tahap kemanisan mengikut selera.

Mari kita ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Encik Muhammad Ali di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Puding Santan, Penuh Dengan Rasa Santan Yang Berlemak!

RESEPI PUDING LAPIS PANDAN SANTAN

Bahan-bahan lapisan pertama:

  • Loyang 8 inci
  • 10g agar agar serbuk (1 paket)
  • 4 cawan air (1 liter)
  • Air pandan yg dikisar (5 hingga 6 helai daun pandan + 1 cawan air. Kisar & tapis)
  • 3/4 cawan gula ( 150g)
  • Sedikit essen vanila

Bahan-bahan lapisan kedua:

Cara-cara:

LAPISAN PERTAMA

1. Masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan.

2. Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit kacau hingga mendidih.

resepi puding

3. Bila dah mendidih matikan api dan kacau 5 minit dan sila tapis.

4. Satu lapisan saya buat dalam sukatan 1 cawan (250ml).

5. Wajib guna cawan atau apa2 bekas yg ada sukatan supaya lapisan sekata.

6. Tuang lapisan pertama dan sejukkan dalam peti selama 5 minit.

resepi puding

7. Lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa2 bekas dan isikan dengan air panas supaya agar agar lebihan tadi tidak mengeras.

LAPISAN KEDUA

1. Masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan.

2. Kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit kacau hingga mendidih.

3. Bila dah mendidih, matikan api dan kacau 5 minit.

4. Tuang perlahan lahan ke atas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit.

resepi puding

5. Ulang cara yang sama bagi setiap lapisan sampai habis adunan.

6. Setiap lapisan wajib SEJUKKAN SELAMA 5 minit di dalam peti baru tuang lapisan seterusnya.

7. Walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air

8. Lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti.

9. Dah siap! Ketahanan puding ini selama 4-5 hari di dalam peti. Selamat mencuba!

resepi puding

Kredit resipi: Muhammad Ali

Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Yang Lembut Elok, Letak Agar-Agar Elak Tekstur Jadi Kasar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN