Categories: Infomasi

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Unik & Simple, Kalau Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-01 18:05:46

Puding cendol gula melaka adalah antara puding istimewa yang jarang dicuba. Puding ini sesuai setiap kali ada jamuan atau pun pencuci mulut. Puding cendol gula melaka ni lagi sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti dulu baru boleh dihidang.

Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Nea Elyanie di kumpulan Aneka Resepi Makanan. Selamat Mencuba!

 

Kredit: Nea Elyanie

 

Bahan-bahan:

  • 10gram serbuk agar agar
  • 150-200gram cendol
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 kotak santan brand KARA
  • 1 sudu teh garam

 

Step 1: Bahan A

Cara Penyediaan :

  1. Didihkan 4 cawan air. Masak agar agar. Kemudian masukkan 1 cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya. Tunggu mendidih kejap dan tutup api.
  2. Masukkan santan kotak, kacau rata. Kemudian masukkan garam. Kacau rata sehingga semua sebati.
  3. Masukkan dalam acuan, sejukkan. Selepas puding beku, Corak carik kan dengan garpu permukaan atas.

 

Kredit: Nea Elyanie

 

Step 2: Bahan B

Bahan-bahan:

  • 10gram serbuk agar agar
  • 5 cawan air
  • 200g gula melaka *potong kecil
  • 3helai daun pandan

 

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat keluar bau dan aromanya.
  2. Selepas mendidih, Tapis dan tuang kedalam bekas puding cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30minit. Selepas tu bolehlah masuk peti ais

 

Kredit: Nea Elyanie

 

Tips untuk acuan :

Basahkan dengan sedikit air. Supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

 

Kredit: Nea Elyanie

 

Selamat Mencuba

Kredit: Nea Elyanie

 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago