resepi popia

Resepi popia daging karamel ini sangat lain dari lain. Sekali ngap pasti tak cukup satu!

Selalunya kita biasa makan popia sayur, popia udang atau popia sira saja kan? Kali ini jom kita cuba popia versi inti daging berkaramel ini pula.

Baca juga: Tips Popia Tidak Berminyak & Kekal Rangup Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!

RESEPI POPIA DAGING KARAMEL

Bahan-bahan:

  • 500gram daging – potong kecil (boleh guna daging kisar)
  • Bawang holland 1 biji – hiris dadu
  • Cili benggala – potong dadu
  • Ketang 3 biji – potong dadu
  • Daun sup 3 batang – hiris
  • Bawang putih 3 ulas – cincang
  • Kicap karamel pekat 3 sudu
  • Sos tiram 2 sudu
  • 1/2 kiub ayam
  • Black pepper
  • Sedikit garam
  • Cheese mozarella
  • Kulit popia

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan daging dan biarkan sehingga masak sebati.

3. Masukkan kentang dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan pula karamel pekat, sos tiram, kiub ayam, black pepper dan garam. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.

5. Akhir sekali masukkan cili benggala dan daup sup. Gaul sebati dan siap.

6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibalut dengan kulit popia.

7. Bila inti sudah sejuk, letakkan inti dan cheese mozarella secukupnya di atas kulit popia dan boleh gulung dengan kemas.

resepi popia

8. Bancuh tepung gandum dengan air, letakkan sedikit pada hujung kulit popia untuk gam kulit popia supaya tidak terbuka.

9. Goreng sehingga keperangan.

resepi popia

Kredit resipi dan gambar: Neateyla Kek Tapak  Kuda

Baca juga: Kulit Popia Jadi Keras Kejung & Kering? Ini Cara Lembutkan Semula Guna Teknik Kukus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN