
Resepi popcorn dua warna ini bukan saja nampak comel, tapi memang sedap dan rangup! Sesuai sangat kalau nak buat kudapan untuk anak-anak atau makan sambil tengok TV.
Cara buatnya pun senang saja. Tak perlu mesin khas pun, cuma guna kuali pun dah boleh hasilkan popcorn yang berwarna-warni dan berperisa. Nak buat warna merah, kuning, biru pun boleh, ikut kreativiti dan bahan yang ada di rumah.
Kalau dah biasa buat popcorn karamel, boleh cuba versi dua warna ini pula kerana nampak lebih ceria dan menarik. Jom cuba, mesti puas hati!
Baca juga: Mudah Je Buat Popcorn Karamel Ala Jenama Terkenal, Chef Ini Kongsi Caranya!
RESEPI POPCORN DUA WARNA

Bahan-bahan popcorn:
- ½ cawan biji jagung kering
- ¼ cawan (atau 4 sudu besar) minyak masak
Bahan-bahan karamel:
- 125g butter (boleh guna marjerin biasa 85g)
- 1 cawan gula pasir
Cara penyediaan popcorn:
- Sediakan satu tray yang telah dialas dengan kertas aluminium atau kertas minyak pembakar.
- Guna periuk yang dalam dan ada penutup rapat (contoh: periuk tekanan/pressure cooker).
- Masukkan minyak masak dan panaskan atas api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas. Untuk uji, masukkan dua biji jagung. Kalau ia berpusing dan meletup jadi bertih, minyak dah cukup panas.
- Masukkan ½ cawan biji jagung. Bila mula meletup, goncangkan periuk perlahan-lahan supaya biji jagung di atas turun ke bawah dan semua bertih sekata.
- Bila bunyi meletup mula berhenti, tutup api. Tuang semua bertih jagung ke dalam bekas besar. Buang biji jagung yang tak menjadi.
Cara penyediaan karamel:
- Masukkan mentega dan gula ke dalam kuali. Panaskan atas api sederhana dan kacau sekali-sekala selama 5-7 minit sehingga mentega cair dan sebati dengan gula.
- Bila adunan mula mendidih, jangan kacau lagi. Biarkan ia terus mendidih sehingga warnanya menjadi keemasan (lebih kurang 10 minit). Jangan biar terlalu lama, nanti karamel jadi pahit.
- Bila siap, angkat dari api dan tuang terus ke atas popcorn tadi. Gaul cepat dan rata supaya semua bertih disalut karamel dengan sekata.
- Susun bertih yang telah bersalut karamel di atas tray tadi dan ratakan. Biarkan sejuk sehingga karamel mengeras.
- Setelah keras, ramas-ramaskan popcorn untuk pecahkan gumpalan. Siap untuk dinikmati!
Tip tambahan:
- Nak lebih menarik, boleh tambah pewarna makanan pada karamel untuk buat popcorn berwarna-warni.
- Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan.
Sumber: Siti Mariam
Baca juga: Isi Ayam Tak Laku, Bila Buat ‘Chicken Popcorn’ Begini Confirm Berebut Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














