resepi pizza simple

Pizza merupakan antara makanan paling sedap dimakan untuk sebarang jamuan. Buat pengetahuan anda, terdapat resepi Pizza simple yang mudah dengan menggunakan roti.

Makanan berasal dari Itali ini sangat popular di seluruh dunia dan Malaysia juga tak terkecuali. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak, boleh dikatakan semua orang suka makan Pizza.

Nak buat Pizza di rumah, tak semestinya perlu ada doh. Cukup ada roti Gardenia, pasti hasil menjadi dengan resepi Pizza simple oleh Najihah Ismail di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Doh Pizza Frozen Dengan 3 Langkah, Boleh Guna Bila-Bila Masa!

RESEPI PIZZA SIMPLE

resepi pizza simple

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, carik roti dan masukkan kepingan cheese ke dalam loyang.

resepi pizza simple

2. Selepas itu, letakkan kepingan cheese (ikut suka banyak mana).

3. Kemudian, masukkan bancuhan telur dan susu sambil tambah sedikit mixed herb.

4. Seterusnya, letakkan topping yang disukai (daging kisar, crabstick, sosej, bawang holland, tomato dan lain- lain).

5. Setelah itu, tabur mozzarella cheese di bahagian atas sekali.

6. Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dalam 5 hingga 8 minit pada suhu 150ºC dengan menggunakan api atas bawah. Setelah itu, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Jika suka hasilnya yang lebih garing, anda boleh bakar lama sedikit semasa membuat resepi Pizza simple ini di rumah. Setelah makan, anda akan rasa sedapnya seperti beli di restoran.

Selamat mencuba!

Sumber: Najihah Ismail

Baca juga: Cara Buat Pizza Dari Roti Tawar Tanpa Oven, Boleh Masak Guna Kuali Je!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN