phat phet ayam

Kalau dah sekali cuba resipi Phat Phet Ayam ini, confirm akan ulang masak lagi. Rasanya pedas berlemak dengan aroma daun limau purut memang membangkitkan selera.

Ayam phat phet ini antara masakan Thailand yang mudah dimasak tapi rasanya padu habis. Sesuai sangat dijadikan lauk makan tengah hari atau malam bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji!

RESEPI PHAT PHET AYAM

phat phet ayam

Bahan-bahan (dikisar):

  • 2-3 biji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Segenggam cili kering
  • 1 inci belacan
  • 3-4 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan lain:

  • 500g ayam (dipotong sederhana)
  • 1-2 keping asam keping
  • Sedikit santan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit lada hitam
  • Daun limau purut
  • Sayuran pilihan: kacang panjang, terung, petai atau rebung

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam, kacau rata dan biarkan seketika.
  4. Tambahkan asam keping, sedikit santan, garam, perasa dan lada hitam.
  5. Masukkan daun limau purut dan sayuran pilihan (kacang panjang, terung, petai atau rebung).
  6. Masak sehingga pecah minyak dan ayam masak sempurna.
  7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas-panas!

Sumber: Cik Manja

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Simple Tapi Padu, Guna 3 Bahan Saja Untuk Perap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN