resepi perut masak lemak

Kalau tak tahu nak masak apa guna perut lembu, salah satu resipi yang boleh dicuba ialah resepi perut masak lemak cili padi. Lauk ini memang antara pilihan yang menyelerakan kerana gabungan kuah santan yang lemak, cili padi yang pedas dan daun kesum yang wangi memang cukup membuka selera.

Bila dimasak dengan betul, perut lembu jadi lembut dan tak liat, malah sangat sedap bila serap semua rasa dalam kuah. Lagi-lagi kalau dimakan panas-panas dengan nasi putih, memang boleh buat tambah nasi tanpa sedar.

Baca juga: Resipi Perut Air Asam ‘Power’ Terangkat, Sekali Cuba Memang Susah Nak Lupa Rasanya!

RESEPI PERUT LEMBU MASAK LEMAK CILI PADI

resepi perut masak lemak

Bahan-bahan:

  • Perut lembu (dibersihkan dan direbus hingga empuk)
  • Santan
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Serai (dititik)

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Serbuk kunyit

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan perut lembu hingga betul-betul bersih, kemudian rebus sehingga empuk. Langkah ini penting supaya perut tak liat dan hilang bau kurang enak.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan serbuk kunyit sehingga halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan serai yang telah dititik dan teruskan menumis supaya aroma lebih wangi dan menyengat.
  5. Masukkan perut yang telah direbus, gaul rata bersama bahan tumisan supaya rasa sebati.
  6. Tambahkan asam keping dan daun kesum untuk bagi rasa masam dan bau yang lebih segar.
  7. Tuangkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuah mendidih dan naik minyak sedikit.
  8. Rasa dan jika perlu, boleh tambah garam secukupnya sebelum ditutup api.

Sumber: Faridzoh Abd Rahman

Baca juga: Tak Perlu Sental Sampai Lenguh! Ini Cara Mudah Cuci Perut Lembu Jadi Putih Melepak Guna ‘1 Bahan’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN