Resipi pengat pisang ini memang wajib cuba. Cara membuatnya sangatlah mudah, sedap pula tu. Anda boleh gunakan santan segar supaya rasanya lebih sedap. Jika tiada, santan kotak pun boleh.
Ada satu tips supaya pisang kenyal dan tidak hancur ketika dimasak nanti. Pisang harus direndam seketika di dalam air kapur sebelum dimasak menjadi pengat.
Sesuai dijadikan pencuci mulut pada bulan Ramadan semasa waktu berbuka ataupun ketika minum petang. Jom cuba masak nanti menggunakan resipi dari Puan Nurlina Liyana di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan sagu serta pisang yang sudah dipotong secara serong.
2. Kacau dan masak sehingga semuanya mendidih.
3. Seterusnya masukkan pula gula melaka, gula pasir dan garam serta daun pandan. Masakkan sehingga mendidih serta sagu masak dan pisang menjadi sedikit lembut.
4. Tuangkan santan, masak lagi sehingga kuah mendidih.
5. Siap dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Nurlina Liyana
Baca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…