Tak tahu sahur nak makan apa? Jom buat stok Serunding Kelapa cara mudah dan ringkas guna resipi ini. Orang bujang pun boleh buat, tak perlu tunggu mak buat dah.
Sedap tau! Bila campur dengan nasi panas-panas, memang tak pandang dah lauk lain. Tak rugi buat sebalang! Tiap kali nak makan, boleh campur serunding kelapa ni nanti.
Baca juga: Kuih Pulut Serunding Kelapa: Lembut, Berlemak Manis Dan Pedas
Serunding kelapa ni antara makanan orang Jawa yang popular tau. Sebab kalau perasan, nak beli serunding ni memang banyak dekat kawasan sana. Jarang nak jumpa serunding yang dijual untuk pelancong di negeri lain.
Kebiasannya yang dijual untuk pelancong adalah serunding ayam dan daging. Jadi memang jarang nak jumpa serunding kelapa ini.
Bagi yang nak cuba buat, jom ikuti resipi dari perkongsian Dapur Pak De Nashruddin ini. Memang menjadi. Tips nya pula untuk bagi tahan lama, parut kelapa hendaklah disangai dua kali untuk pastikan ia kering dan tak basi.
Jom kita lihat cara-caranya.
Kita ni orang jowo. Mak cakap malu kalau tak pandai buat serunding. Siapa sini suka makan serunding, nah kita sediakan resipi yang simple je.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara membuatnya:
1. Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.
2. Letakkan serai ketuk di atas serunding kelapa. Gunakan api kecil.
3. Tutup periuk dan perap selama 4 hingga 5 jam.
4. Masukkan di dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kelapa menjadi ringan dan kering.
5. Keluarkan serai, dan biarkan seruding kelapa menjadi sejuk sebelum disimpan.
Siap untuk dimakan. Lepas goreng, korang jangan masukkan terus kedalam bekas. Biarkan sejuk sedikit dan minyak menggoreng dah turun baru masukkan dalam bekas.
Lepas ni boleh dah repeat makan ini setiap kali sahur, memang kenyang sampai nak berbuka nanti. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Serunding Ikan Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Jimat & Tahan Lama!
Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…