Categories: Resipi

Resepi Pau Pandan, Rupanya Kena Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Kempis!

resepi pauresepi pau

Dalam banyak-banyak kuih dibuat secara kukus, ramai yang lebih sukakan resepi Pau Pandan yang hasilnya gebu dan sedap dimakan.

Tak ramai yang berjaya buat Pau Pandan, sampai kempis dan lembik apabila dimakan. Sebenarnya, terdapat langkah yang ramai selalu buat sehinggakan hasilnya jadi sebegitu rupa.

Resepi Pau Pandan yang dikongsikan oleh Martha Beaa ini sangat menarik kerana adanya langkah yang perlu dielakkan supaya pau tak kempis dan tetap gebu. Jom kita cuba!

Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas

RESEPI PAU PANDAN

resepi pauresepi pau

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Campurkan tepung gandum, gula, telur, ragi dan santan dan garam dalam satu bekas dan ulikan.

2. Selepas itu, campurkan marjerin dan uli lagi sampai tidak lagi melekat di tangan.

3. Bulatkan adunan dan letakkan dalam bekas dan tutupkan atau rehatkan selama 30 minit.

4. Tumbuk buang angin dan bahagikan kepada bulatan kecil sekitar 60gram.

5. Proofing lagi selama 30 atau 45 minit bergantung suhu bilik.

6. Kukus di dalam kukusan yang sudah dididihkan selama 15 minit. Api medium cenderung kecil. Siap untuk dihidang!

Selain inti coklat, anda juga boleh gunakan inti lain di dalam resepi Pau Pandan ini seperti kelapa, kaya, ayam, daging dan banyak lagi.

Semasa membuat resepi Pau Pandan ini, diingatkan supaya anda jangan selalu buka tutup kukusan, nanti pau akan kempis sebab tekanan udara di luar dan dalam kukusan berbeza.

Selain itu, jangan lupa juga untuk tutup penutup kukusan dengan kain supaya wap air tidak mengempiskan pau anda.

Anda pasti akan terkejut dengan hasil pau yang bukan saja gebu gebas seperti kapas, malah rasanya sangat lembut dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Martha Beaa

Baca juga: Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’

Aimi

Recent Posts

Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’

Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…

1 day ago

Puding Laici Susu Ocean Blue, Makan Sejuk-Sejuk Rasa Segar Tak Terhingga!

Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…

1 day ago

Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…

1 day ago

Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tak Pakai Tepung Gandum Pun Menjadi!

Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…

1 day ago

Resipi Sos Hijau Yaman, Cicah Dengan Apa Pun Pasti ‘Terangkat’!

Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…

2 days ago

Kek Sandwich Victoria Terlajak Gebu, Siap Ada Filling Yang Tangkap Leleh!

Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…

2 days ago