Seronoknya jika dapat makan Pau yang sedap pada waktu petang. Selepas tahu resepi Pau gebu ini, anda boleh buat sendiri di rumah pada bila-bila masa.
Walaupun Pau merupakan makanan berasal dari China, namun ia cukup popular di Malaysia. Biasanya ia dihidangkan secara panas-panas yang dibuat secara segar ataupun sejuk beku.
Hasil sempurna daripada resepi Pau gebu yang dikongsikan oleh Yong Anisah Yaacob ini membuatkan ramai berminat nak tahu cara membuatnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Pau Pandan, Rupanya Kena Elak Langkah ‘Ini’ Supaya Tak Kempis!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, kacau air suam, gula dan yis sehingga sebati dan biarkan kembang dalam 10 minit.
2. Selepas itu, campurkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat. Kemudian, ramas-ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian, masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung dengan air. Uli sehingga tepung sebati dan tak melekat pada tangan (dalam 10 minit).
4. Seterusnya, timbang doh 40g dan bulat-bulatkan. Rehatkan dalam 10 minit.
5. Setelah itu, bubuh inti dan bulat-bulatkan atas tapak tangan dan lapikkan dengan kertas (saya guna kertas cupcake).
6. Biar doh kembang lebih kurang 30 minit (bergantung kepada berapa banyak yis yang digunakan dan faktor cuaca persekitaran).
7. Pau sedia untuk dikukus. Sebelum itu, panaskan dulu kukusan dengan api yang sederhana sehingga mendidih. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh.
8. Akhir sekali, kukus selama 5 hingga 6 minit. Siap untuk dinikmati!
Bagi mengenalpasti jenis Pau yang dimasak, anda boleh letakkan setitik pewarna di atas pau untuk menandakan jenis inti yang terdapat di dalamnya.
Resepi Pau gebu dengan langkah demi langkah ini sangat menarik untuk dicuba di rumah. Senang cerita, orang yang tak pernah buat pun dapat hasil menjadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Yong Anisah Yaacob
Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…