pau gebu

Sebenarnya tak susah pun nak buat pau gebu yang putih melepak, halus dan lembut tanpa guna telur, minyak dan marjerin.

Walaupun tanpa bahan tersebut, pau tetap jadi gebu dan lembut elok! Yang penting, ada teknik uli yang perlu dilakukan.

Kalau nak tahu apakah rahsianya, jom baca perkongsian resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Nourel Hueda di bawah.

Baca juga: Resipi Coklat Puff Guna 3 Bahan, Rangup Di Luar Dan Coklat Leleh di Dalam!

RESEPI PAU GEBU, HALUS DAN PUTIH MELEPAK

pau gebu

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung pau
  • 11 g yis kering (1 paket)
  • 2 sudu besar double action baking powder
  • 4 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan air + 1 sudu cuka (masukkan sedikit demi sedikit semasa menguli)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kering dalam satu bekas dan gaul rata.
  2. Masukkan air bercampur cuka sedikit demi sedikit sambil uli.
  3. Uli doh seperti “basuh kain” – gosok dengan dua tangan sampai doh rasa lembut.
  4. Rehatkan doh selama 15 minit.
  5. Timbang dan bulatkan doh (saya buat setiap satu lebih kurang 45 g). Ulang sampai habis.
  6. Masukkan inti mengikut cita rasa (contohnya kacang merah, kaya, sambal bilis atau kelapa). Pastikan bentuknya kemas.
  7. Rehatkan doh berinti selama 5 minit supaya kembang.
  8. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
  9. Susun pau dalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
  10. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitis ke atas pau (kalau kena air, pau jadi mengerutu dan tak licin).
  11. Hasilnya, anda akan dapat pau putih, lembut, halus dan gebu walaupun tanpa guna telur, minyak atau marjerin. Sesuai untuk dibuat frozen dan dijual atau untuk makan sendiri dengan keluarga.

Sumber: Nourel Hueda

Baca juga: Rahsia Buat Garlic Bread Yang Sedap, Bau Harum Semerbak Sampai Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN