chocolate puff

Nampak macam susah, sebenarnya nak buat chocolate puff ini sangat senang! Bayangkan gigitan pertama coklat puff yang rangup di luar, kemudian terasa pula coklat cair panas-panas meleleh dalam mulut. Nikmat dia memang lain macam!

Hanya perlukan tiga bahan je, tapi hasilnya memang memuaskan hati. Bukan setakat budak-budak suka, orang dewasa pun confirm tak cukup satu bila rasa. Sesuai sangat untuk hidangan petang bersama teh panas atau jadi pencuci mulut selepas makan.

Baca juga: Jom Buat Sendiri Japanese Cream Puff Inti Coklat, Bila Gigit Memang Rangup & Gebu!

CARA BUAT CHOCOLATE PUFF 3 BAHAN

chocolate puff

Bahan-bahan:

  • Puff pastry saiz 4 inci (dipotong dua)
  • Milk chocolate coins (atau coklat pilihan)
  • 1 biji kuning telur (untuk sapuan)

Cara membuatnya:

  1. Ambil puff pastry dan potong kepada dua bahagian. Pastikan pastri dalam keadaan separa lembut supaya senang dilipat.
  2. Susun milk chocolate coins di atas bahagian tengah pastri. Jangan letak terlalu banyak supaya coklat tak meleleh keluar semasa dibakar.
  3. Lipat puff pastry menjadi dua, menutupi coklat.
  4. Tekan bahagian tepi pastri menggunakan garfu sehingga rapat dan kemas. Ini penting untuk elakkan coklat tertumpah keluar.
  5. Sapukan kuning telur di bahagian atas pastri untuk hasilkan warna keemasan yang cantik bila masak.
  6. Susun dalam air fryer, jangan terlalu rapat supaya ia mengembang dengan elok.
  7. Bakar selama lebih kurang 20 minit pada suhu sederhana atau hingga puff pastry kelihatan garing dan keemasan.

Sumber: Hana Ramli

Baca juga: Resepi Puff Pastry Sosej Cheese Dengan 3 Langkah, Tengok Je Dah Terliur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN