resepi pancake simple

Kalau tengah cari resepi pancake simple, inilah resipi yang dijamin menjadi dan tak perlu langkah susah-susah. Hanya perlu kacau semua bahan dan terus boleh masak.

Pancake ini memang digemari ramai sebab boleh dipelbagaikan ikut selera. Nak makan kosong pun dah sedap, apatah lagi kalau ditambah topping macam madu, sirap maple, coklat cair atau hirisan buah segar.

Apa yang lagi menarik, resepi pancake ini tak guna banyak bahan. Hanya guna bahan asas yang biasanya memang ada di dapur. Jadi bila-bila masa teringin, boleh terus buat. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!

RESEPI PANCAKE SIMPLE TAPI SEDAP DAN GEBU

resepi pancake simple

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 2 ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 ¼ cawan susu
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar mentega cair/minyak
  • 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan basah dalam mangkuk. Kemudian, ayak bahan kering dan masukkan sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Tak apa kalau adunan ada ketul sikit, jangan risau.
  2. Panaskan kuali leper dengan api sederhana, sapukan sedikit mentega atau minyak. Tuangkan lebih kurang ¼ cawan adunan. Bila nampak buih naik dan tepi kelihatan kering (lebih kurang 2 minit), terbalikkan dan masak lagi 1 minit.
  3. Angkat dan hidangkan. Boleh letak topping ikut selera. Madu, coklat, pisang atau apa saja yang anda suka.

Tip: Kalau adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu sampai tekstur jadi ngam.

Sumber: Khumeroh Mamanya Izamfirman

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Gula Melaka Purple, Manisan Simple Tapi Nampak Cantik & Istimewa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN