resepi pancake gebu

Kali ini jom kita cuba resepi pancake gebu versi pandan dengan inti kastard yang pasti memikat selera. Dengan aroma pandan yang wangi dan kelembutan kastard yang berkrim, setiap gigitan pasti membuatkan anda terpikat.

Pancake ini bukan sahaja sedap, tetapi juga cantik dengan warna hijau semula jadi dari pandan. Jadi, jangan lupa untuk mencuba resipi ini jika anda mencari pencuci mulut yang berbeza dan menarik!

Baca juga: Cara Buat Pancake Pisang Mudah Guna Sukatan Sudu, Tak Perlu Timbang!

RESEPI PANCAKE GEBU PANDAN

resepi pancake gebu

Bahan adunan pancake:

  • 3 biji telur
  • 20g gula putih
  • 200ml santan
  • 30g heavy cream
  • 10g susu pekat
  • 300g tepung serbaguna
  • 3g yis segera
  • 120ml jus pandan

Cara buat adunan pancake:

  1. Pukul telur dan gula hingga berbuih.
  2. Campurkan santan, heavy cream, susu pekat, dan jus pandan.
  3. Masukkan tepung dan yis, gaul hingga rata.
  4. Rehatkan selama 15 minit untuk ditapai.
  5. Oleskan sedikit minyak ke atas kualia dan panaskan dengan api perlahan.
  6. Tuang adunan ke atas pan dan masak sehingga nampak berbuih.
  7. Bila dah berbuih tu maksudnya sebelah tu dah cukup masak, jadi terbalikkan dan tunggu pula sebelahnya lagi masak.

Bahan inti kastard:

  • 3 biji kuning telur
  • 30g putih telur
  • 300ml santan
  • 120ml jus pandan
  • 60g tepung serbaguna

Cara buat inti kastard:

  1. Campurkan semua bahan kastard dalam mangkuk tahan panas.
  2. Masak guna teknik double boiler, kacau hingga pekat selama 10-15 minit.
  3. Biarkan ia sejuk.
  4. Letakkan kastard di atas sekeping pancake dan tutup dengan sekeping pancake yang lain.

Selamat mencuba!

Kredit: 2day’s Delight

Baca juga: Cara Buat ‘Rice Pancake’ Guna Lebihan Nasi, Sedap Cicah Dengan Sos Cili

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN