Categories: Resipi

Resipi Pajeri Nanas Dan Terung Yang Unik, Sedap Rupanya Gabungan Dua Rasa Ini!

Pasti ramai yang belum pernah mencuba resepi pajeri nenas dan terung. Rupanya, kombinasi sayur dan buah ini sangat sedap apabila disatukan dalam kuah pajeri yang pekat.

Rasa lemak daripada santan dan manis gula, digabung dengan sedikit masam nenas, menjadikan hidangan ini sangat menyelerakan. Sesuai dijadikan hidangan utama bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Pajeri Rebung Asli Utara, Rasa Sama Macam Lauk Kenduri Dulu-Dulu

RESEPI PAJERI NENAS DAN TERUNG

Bahan utama:

  • 2 biji terung panjang (potong ikut suka)
  • 1 biji nanas (potong ikut suka)
  • 1 biji kelapa atau santan 1 liter (ikut pekat yang diingini)
  • 2 sudu besar kerisik sangai (ambil dari sedikit kelapa tadi)

Bahan untuk menumis:

  • 10 biji bawang merah kecil (mayang atau dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedikit halia (mayang)
  • 3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
  • 4 sekawan: kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan.
  4. Tambahkan garam, gula dan air asam jawa untuk seimbangkan rasa. Biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan kerisik dan kacau rata.
  6. Masukkan nanas dan terung. Biarkan seketika untuk merenih dan rasa meresap.
  7. Bila kuah naik minyak dan semua bahan masak sempurna, tutup api. Siap untuk dihidang!

Tip tambahan: Jika suka, boleh masukkan udang kering untuk rasa lebih umami.

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Resipi Pajeri Rambutan Ini Sangat ‘Legend’, Orang Dulu-Dulu Je Tahu Kesedapannya

Wan N

Recent Posts

Anak-Anak Minta Buat Dessert, Ibu Ini Kongsi Idea & Cara Mudah Sediakan Dadih Mangga Di Rumah!

Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…

16 mins ago

Baru Hari Pertama Guna Grab, Rembayung ‘Diserbu’! Khairul Aming Pecah Rekod Jualan Makan Tengah Hari Tertinggi

Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan…

1 hour ago

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

2 hours ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

3 hours ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

4 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

5 hours ago