resepi pad thai mudah

Resepi Pad Thai mudah dan lazat ini merupakan salah satu makanan Thailand yang anda boleh cuba. Boleh dikatakan kedai masakan Thailand sudah ada merata di Malaysia. Namun ada di sesetengah kedai, rasanya tidak sama seperti makan di negara asal.

Jika ada yang teringin nak rasa tapi entah bila dapat berkunjung ke negara Thailand, jom cuba masak sendiri sahaja di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Mai Vo Dyakonov di bawah.

Baca juga: Cara Buat Pancake Pisang, Makanan ‘Street Food’ Terkenal Di Thailand

RESEPI PAD THAI MUDAH ALA THAILAND

Bahan-bahan:

  • Kuetiau thai (pad Thai noodle beli di shopee)
  • Udang
  • Kek ikan/tauhu/bebola ikan
  • Daun kucai
  • Tauge
  • Lobak merah
  • Lobak putih jeruk (Lobak jeruk ini saya beli dari kemboja di shopee orang kemboja ada jual, jangan risau yang jual orang kemboja Cham islam)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili segar/cili flakes/cili kering
  • Kacang tanah
  • Limau nipis/limau kasturi

Bahan-bahan sos pad thai:

  • Gula kelapa Thailand
  • Air asam jawa
  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap masin (hanya pilihan jika mahu kuetiau kelihatan gelap)
  • Cili flakes

Cara memasak:

1. Pertama sekali, panaskan gula gabung Thailand di dalam periuk untuk cairkannya. Kemudian masukkan bahan-bahan sos yang lain. Jika mahu digunakan terus, tak perlu masak. Jika mahu guna lain kali, masak sebentar sebelum disimpan dalam peti.

resepi pad thai mudah

2. Ketepikan sos tadi. Sekarang, goreng pula udang sehingga masak. Angkat dan simpan tepi dulu. 

3. Cincang bawang putih, bawang merah dan lobak jeruk. Panaskan minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga naik bau. Kemudian baru masukkan bawang merah dan lobak jeruk. Sambung tumis sehingga naik bau.

4. Kemudian, masukkan juga kek ikan, tauhu atau bebola ikan, bergantung pada kesukaan masing-masing.

5. Boleh masukkan juga kuetiau Thai dan sos pad Thai yang sudah siap dibuat tadi. Gaul sehingga semua bahan bercampur rata.

pad thai resepi

6. Alihkan kuetiau ke tepi, pecahkan 3 biji telur. Hancurkan telur kemudian gaul bersama kuetiau sehingga bercampur rata.

7. Campakkan daun kucai, tauge dan lobak merah. Kemudian, taburkan juga kacang tanah yang sudah ditumbuk atau dikisar kasar.

8. Masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul lagi sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi pad thai mudah

Kredit resipi dan gambar: Mai Vo Dyakonov

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN