nasi tumpang

Nasi tumpang merupakan hidangan tradisi dari Kelantan yang unik dan istimewa. Sekali pandang memang nampak berbeza daripada nasi biasa kerana dibungkus dalam daun pisang dengan lapisan lauk yang pelbagai. Setiap lapisan pula ada rasa tersendiri, memang puas makan!

Dulu, hidangan ini popular sebagai bekal perjalanan atau sarapan pagi. Mudah dibawa dan mengenyangkan. Sampai sekarang, masih ramai yang rindu nak makan nasi tumpang, lebih-lebih lagi bila teringat suasana kampung di Pantai Timur.

Kalau belum pernah cuba, bolehlah buat sendiri di rumah. Tak susah sangat, cuma perlukan sedikit langkah. Hasilnya memang berbaloi, lengkap dengan nasi lembut, gulai berempah, telur dadar dan serunding ikan yang sedap.

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!

RESEPI NASI TUMPANG KELANTAN

nasi tumpang

Bahan untuk nasi:

Bahan untuk gulai ikan & udang:

  • 500 gm ikan tongkol (direbus dengan garam dan asam keping)
  • 300 gm udang
  • 2.5 cm kunyit hidup (dikisar halus)
  • 2.5 cm lengkuas (dikisar halus)
  • 6 ulas bawang merah (dikisar halus)
  • 4 biji cili kering (dikisar halus)
  • 500 ml santan pekat
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk telur dadar:

  • 5 biji telur ayam
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 50 gm daun bawang (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dimayang)
  • Garam secukupnya

Bahan untuk serunding/sambal ikan:

  • Isi ikan rebus (buang tulang dan ditumbuk)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Cili kering (dikisar)
  • Asam keping
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Untuk nasi, basuh beras hingga bersih. Masak bersama air sehingga teksturnya lembut (seakan nasi himpit). Biarkan suam dan ketepikan.
  2. Untuk gulai, masukkan semua bahan kisar ke dalam santan dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan tongkol dan udang.
    Perasakan dengan gula dan garam. Masak hingga kuah sedikit pekat. Angkat dan ketepikan.
  3. Untuk telur dadar, pecahkan telur dan masukkan semua bahan hiris bersama garam. Pukul hingga sebati, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan hiris nipis.
  4. Untuk serunding ikan, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan masak. Masukkan santan, asam keping, garam dan gula. Kemudian masukkan isi ikan dan kacau hingga kering.
  5. Untuk membungkus nasi tumpang, bentukkan daun pisang menjadi kelongsong. Masukkan serunding ikan di bahagian bawah.
  6. Tambahkan nasi lembut dan tekan hingga padat. Letakkan hirisan telur dadar.
  7. Masukkan satu lagi lapisan nasi, kemudian tambah gulai ikan dan udang.
  8. Akhir sekali, tutup dengan nasi dan bungkus kemas. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Hafiz MemeySedak

Baca juga: Resipi Solok Lada Kelantan, Guna Isi Mentah Rupanya Jauh Lagi Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN