Categories: Resipi

Set Nasi Minyak Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Aneka Lauk Sampingan Lain

Nasi Minyak Terengganu ini biasanya dinikmati pada hari-hari istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri atau majlis kenduri. Kebanyakan kedai makan di Terengganu juga ada menjualnya sebagai hidangan sarapan pagi.

Jika ada yang ingin mencuba, berikut resipi set Nasi Minyak Terengganu yang dimakan bersama gulai daging, ayam masak merah, acar nenas dan sambal belacan. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Tanak Nasi Agar Cepat Masak, Tunggu 5 Minit Dah Boleh Makan!

RESEPI NASI MINYAK TERENGGANU

Bahan-bahan:

– Beras basmathi 6 cawan (saya guna beras jasmin parboil, rendam 30 minit dalam air dan toskan)
– Bahan tumis (4 sekawan, 1 biji bawang besar dimayang, 2 batang serai diketuk, 2 helai daun pandan disimpul, minyak masak, minyak masak)
– Kismis atau biji gajus
Susu cair suku tin
– Sos tomato 3 sudu besar
– Garam
– Pewarna kuning telur 1 sudu teh
– Halia 1 inci (diketuk)

Cara membuat:

1. Panaskan periuk elektrik, masuk minyak masak dan minyak sapi. Tumis sampai naik baunya.

2. Kemudian, masukkan semua bahan tumis sehingga wangi. Apabila sudah wangi, masukkan beras yg ditoskan dan gaul rata.

3. Masukkan air. Kalau guna beras jasmin parboil yang telah direndam, sukatan air sama dengan sukatan beras.

4. Selepas itu, masukkan halia, susu cair, sos tomato, garam dan pewarna. Kacau rata dan masak macam biasa.

5. Apabila nasi sudah masak, masukkan biji kismis dan gaul nasi. Biarkan lagi selama 20 minit untuk nasi masak dan kering sepenuhnya.

RESIPI GULAI DAGING NASI MINYAK TERENGGANU

Bahan-bahan:

– Daging 1 kg (potong tidak terlalu kecil dan besar melawan urat daging)
– Bahan perapan daging 1 (kisar halus 2 biji bawang besar, 4 biji bawang merah, 1 inci halia, 1/2 inci lengkuas)
– Bahan perapan daging 2 (Rempah gulai cap bunga ros 4 sb, empah masak cap bunga ros 1 1/2 sb, sos tomato 5 sb, biji badam disangai dan ditumbuk halus, bawang goreng 2 cawan)
– Susu cair 1/2 tin
Gula melaka
– Garam secukup rasa
– Bahan tumisan (1 biji bawang besar dimayang, 2 helai daun pandan disimpul, 4 sekawan, 2 sudu besar cili boh, minyak masak)
– Kentang 3 biji (dipotong kecil)

Cara-cara:

1. Perap daging yang sudah dihiris dengan bahan perapan daging 1 dan bahan perapan daging 2 selama 1/2 jam.
2. Tumiskan bahan tumisan hingga wangi dan sampai pecah minyak. Masukkan daging yang diperap tadi. Tutup periuk dan biarkan semua air daging keluar dan rempah sebati.
3. Masukkan 3 cawan air untuk kuahnya. Tuangkan juga susu cair dan renehkan daging dengan api sederhana.
4. Masukkan pula gula melaka, garam dan secukup rasa. Masak sampai daging empuk, jika belum empuk, tambah lagi air dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
5. Siap untuk dihidangkan.

RESIPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

– Ayam 1 ekor (lumur garam kunyit dan goreng separuh masak/masak)
– Bahan tumis (rempah 4 sekawan, 6sb cili kisar, 2 batang serai diketuk, 1 pelepah daun kari, 1 biji bawang besar dimayang)
– Bahan kisar (8 biji bawang merah, 1 inci halia, 4 biji bawang putih)
– Kacang pis 1 tin kecil
– Lada merah dan hijau 2 biji untuk hiasan
– Sedikit daun bawang untuk hiasan
– Tomato puri 1 tin kecil
– Sos tomato 4 sb
– Sos cili 5 sb
– Sos tiram 1 sb
– Kicap manis 2 sb
– Garam
– Gula melaka
– Perasa
– Tomato 2bj
– Bawang holland dipotong bulat untuk hiasan

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan bahan kisar kacau sebati tumis hingga pecah minyak lagi.
4. Masukkan tomato puri, semua jenis sos dan kicap. Gaul sebati.
5. Msukkan ayam yang sudah digoreng beserta kacang pis, cili merah dan hijau.
6. Gaul sebati dan biarkan sehingga kuah pekat.
7. Perasakan dengan garam, gula melaka dan serbuk perasa.
8. Akhir sekali, masukkan bawang holland dan daun bawang untuk hiasan.

RESEPI ACAR NENAS

Bahan-bahan:

– Nenas 1 biji (kupas kulit dan potong nipis)
– Gula melaka 1/2 keping
Cuka makan 4 sb
– Air 1 cawan
– Cili boh 2 sb

Cara-cara:

1. Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan. Masukkan air dan biarkan sampai mendidih.
2. Letakkan gula melaka dan masak sehingga pekat. Kemudian masukka pula cuka.
3. Tutup api dan sejukkan sebelum digaul dengan nenas.

RESEPI SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan:

– Cili besar merah 4 biji
– Cili padi 20 biji
– Belacan sebesar ibu jari (dibakar biar wangi)
Limau kasturi 1 biji dibuang biji
– Garam
– Gula
– Pes asam jawa 1/2 sudu
– Limau nipis 1 biji

Cara-cara:

1. Bahan 1 hingga 7 dikisar. Air sedang-sedang, jangan terlalu sikit dan jangan terlalu banyak.
2. Kisar jangan terlalu halus.
3. Selepas kisar, tuangkan ke dalam mangkuk dan perah limau nipis.
4. Rasa secukup rasa dan siap!

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Baca juga: Resipi Nasi Beriani Udang, Guna Bahan Ringkas Tapi Terlajak Sedap!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago