resepi nasi minyak

Resepi nasi minyak memang tak asing lagi dalam majlis kenduri, jamuan atau hari raya. Rasanya yang lemak dan beraroma dengan gabungan minyak sapi, daun pandan dan rempah tumis menjadikannya kegemaran ramai.

Tapi tak perlu tunggu kenduri pun, boleh saja masak sendiri di rumah! Resipi ini mudah diikuti dan sesuai digandingkan dengan lauk pauk istimewa seperti ayam masak merah, gulai kambing, acar jelatah dan papadom.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun

RESEPI NASI MINYAK KLASIK

resepi nasi minyak

Bahan tumis:

  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 senduk kecil minyak masak biasa
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 keping nipis halia

Bahan lain:

  • 1 ½ cawan beras Basmathi Esktra Panjang (dicuci bersih)
  • 400 ml air kosong
  • 200 ml susu cair
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

(Kuantiti cecair keseluruhan: 600 ml – sesuaikan mengikut jenis beras yang digunakan)

Hiasan (pilihan):

  • Kismis
  • Bawang goreng
  • Pewarna kuning & oren (jika suka)
  • Biji gajus goreng
  • Hirisan daun sup atau daun bawang

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak biasa dalam kuali.
  2. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan daun pandan, daun bawang, daun ketumbar, kayu manis dan bunga lawang. Tumis seketika hingga naik bau.
  4. Tambahkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia). Tumis hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan beras yang telah dicuci bersih. Kacau selama 1 minit, kemudian tutup api.
  6. Pindahkan beras dan bahan tumis ke dalam periuk nasi.
  7. Tambahkan air, susu cair, garam dan gula. Gaul rata.
  8. Masak seperti biasa dalam periuk nasi. Apabila nasi sedang mendidih, kacau sekali-sekala untuk elakkan hangit di bawah.
  9. Setelah nasi masak, biarkan dalam 5-8 minit, kemudian gemburkan nasi perlahan-lahan.
  10. Taburkan kismis dan bawang goreng. Jika suka, boleh titikkan sedikit pewarna kuning dan oren untuk warna yang lebih menarik.
  11. Hiaskan dengan biji gajus goreng dan daun sup atau daun bawang sebelum dihidang.

Nasi minyak ini sangat sesuai dinikmati bersama ayam masak merah, gulai kambing, acar jelatah dan papadom rangup. Selamat mencuba!

resepi nasi minyak

Sumber: Cikgu Afy Al Habibi

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN