Categories: Resipi

Resepi Nasi Lemak Pandan, Gabung Ayam Goreng Berempah Lagi Selera

Tanyalah kepada sesiapa pun, tiada orang akan menolak nasi lemak. Mak-mak di sini sudah tahu tentang resepi Nasi Lemak Pandan atau belum?

Nasi Lemak Pandan sama seperti nasi lemak biasa, cuma ia berwarna hijau dan mempunyai aroma pandan yang cukup wangi.

Anda boleh cuba membuatnya dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya di Facebook ini.

Makan pula dengan Ayam Goreng Berempah yang lembut dan garing, memang bertambah selera dibuatnya.

Baca juga: Cara Buat Nasi Lemak Pandan, Sambal Dan Ayam Goreng Berempah. Memang Sedap!

RESEPI NASI LEMAK PANDAN DAN AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan nasi lemak pandan:

  • 3 pot beras
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan air pandan
  • Kulit kayu manis, bunga lawang
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 labu bawang besar (dimayang nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dipotong mancis)
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan nasi lemak pandan:

1. Cuci beras dengan bersih, kemudian satukan semua bahan dalam periuk nasi.

2. Isi air ikut sukatan beras yang kita guna, kemudian masak seperti nasi biasa. Siap!

Bahan-bahan ayam goreng berempah:

  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Serai*
  • Rempah kari daging
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • 1 biji telur
  • Serbuk cili
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Garam, gula atau madu
  • Sedikit serbuk perasa

Cara-cara penyediaan ayam goreng berempah:

1. Potong ayam ikut kita nak potong besar mana, cuci bersih kemudian masukkan dalam bekas.

2. Kisar semua bahan bertanda (*).

3. Satukan semua bahan dan bahan kisar, kemudian tuang ke dalam bekas ayam tadi.

4. Gaul rata dan perap selama sejam atau lebih, lagi lama perap lagi sedap.

5. Goreng dengan api sederhana. Siap!

Selain sarapan, anda juga boleh jadikan resepi Nasi Lemak Pandan ini sebagai makan malam seisi keluarga. Barulah nampak lain dari yang lain.

Selamat mencuba!

Sumber: Qasih Jue Aisya

Baca juga: Ibu Kongsi Resipi Nasi Lemak Asli Pandan, Rasa Berlemak & Bau Wangi Tambat Selera Sekeluarga

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago