PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-12-09 04:35:58
Kari kambing merupakan makanan yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Walaupun ada sesetengah orang tidak makan daging ini kerana pelbagai sebab, tetapi jika kena gaya dan ramuannya hidangan ini pasti memikat selera. Baru-baru ini viral tentang resipi Nasi Kari Kambing Viral yang cukup mudah kerana hanya menggunakan kari kambing dalam tin dari jenama Adabi yang memang dikenali kesedapannya.
Jadi tunggu apa lagi? Jom la cuba resepi Nasi Kari Kambing Viral yang dikongsikan oleh Amani Afiqah di kumpulan Resepi Pembuka Selera di Facebook. Selamat Mencuba!
Kredit: Amani Afiqah
Bahan-bahan:
- 4 cawan beras basmathi
- 3 tin kari kambing adabi
- 4 sekawan
- 1 biji tomato
- 2 biji bawang merah
- 1/2 susu cair
- 4 ¹/2 cawan air
- Maggi cukup rasa
- 1 sudu besar planta
Kredit: Amani Afiqah
Cara-cara:
- Beras basuh dan rendam selama 15 minit.
- Panaskan planta kemudian tumiskan 4 sekawan
- Masukkan bawang hiris
- Tumis hingga naik bau
- Masukkan tomato
- Masukkan kari kambing adabi
- Biarkan sampai mendidih
- Masukkan 4 ¹/2 cawan air dan 1/2 cawan susu cair. Kacau dan tunggu mendidih sekejap
- Masukkan beras yang dah di rendam tadi
- Masak seperti biasa. Siap!
Kredit: Amani Afiqah
Tips:
- Tambah maggi cukup rasa untuk bagi rasa nasi tu lagi sedap
- Makan dengan acar timun lagi sedap
Kredit: Amani Afiqah
Kredit: Amani Afiqah
Selamat Mencuba