resepi nasi goreng sardin

Resepi nasi goreng sardin memang pilihan terbaik bila nak masak cepat dan sedap. Sesuai kalau ada lebihan nasi dan lauk sardin semalam.

Jadi, kalau tengah lapar dan malas nak fikir menu yang rumit,  jom cuba resepi nasi goreng ini. Hanya guna bahan mudah dan cara masak ringkas. Confirm licin pinggan!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Tak Letak Sebarang Sos Pun Tetap Sedap!

RESEPI NASI GORENG SARDIN

resepi nasi goreng sardin

Bahan-bahan:

  • Ikan sardin dalam tin
  • Cili padi
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Sayur kubis
  • Garam secukup rasa
  • Nasi putih (untuk 1-2 orang makan)

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili padi dan kubis, kacau hingga sedikit layu.
  3. Seterusnya, masukkan seketul ikan sardin. Saya suka masak sardin hingga sedikit garing supaya rasanya lebih sedap.
  4. Akhir sekali, masukkan nasi putih. Gaul rata sehingga nasi sebati dengan rencah sardin.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya sebelum angkat.

Tip: Kalau masak untuk lebih daripada 2 orang, boleh tumis sedikit cili kisar atau cili boh bersama bawang merah dan bawang putih. Ini akan menjadikan nasi goreng berwarna merah dan lebih berperisa.

Sumber resipi dan gambar: Farah Din

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Ikan Rebus ‘Legend’ Macam Mak Buat, Masak Sekuali Pun Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN