Categories: Resipi

Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

Pernah cuba nasi goreng nenas? Kalau belum, jom buat! Gabungan rasa manis dan sedikit masam daripada nanas dengan bahan tumisan yang pedas dan wangi memang buat nasi goreng ni lain daripada biasa.

Tak perlu bahan yang banyak atau sukatan yang terlalu tepat pun. Campak dan agak-agak ikut jumlah nasi serta selera masing-masing. Lagi best, kalau ada lebihan nasi sejuk semalam, terus boleh digunakan.

Nak bagi lebih meriah, boleh tambah telur dan sayur seperti lobak merah, kacang peas atau jagung. Mudah, cepat dan sesuai sangat dijadikan menu sarapan atau makan tengah hari.

Baca juga: Resepi Nasi Tomato Mudah Untuk 20–25 Orang, Guna Beras Biasa Pun Jadi Cantik

RESEPI NASI GORENG NENAS

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk (secukupnya)
  • Ikan bilis atau udang kering (secukupnya)
  • Cili padi (secukupnya)
  • 1 biji cili merah
  • Bawang putih (secukupnya)
  • Bawang merah (secukupnya)
  • Nanas (secukupnya), dipotong kecil
  • Telur (secukupnya)
  • Garam (secukupnya)
  • Sedikit gula
  • Minyak (secukupnya) untuk menumis
  • Lobak merah, kacang peas atau jagung jika suka

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk ikan bilis atau udang kering, cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah. Jangan tumbuk terlalu halus supaya teksturnya masih terasa.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masak.
  3. Masukkan sedikit gula dan garam. Kacau sebati.
  4. Kemudian, masukkan nanas yang telah dipotong kecil. Goreng seketika supaya nanas sebati dengan bahan tumisan.
  5. Masukkan nasi sejuk. Gaul dan goreng sehingga semua bahan sebati. Jika suka, boleh masukkan lobak merah, kacang peas atau jagung pada tahap ini.
  6. Tolakkan nasi ke bahagian tepi kuali sehingga membentuk ruang di tengah. Pecahkan telur ke dalam ruang tersebut.
  7. Biarkan telur sedikit masak, kemudian kacau dan gaulkan bersama nasi.
  8. Goreng lagi sehingga nasi benar-benar sebati dan masak. Perasakan semula jika perlu.
  9. Angkat dan hidangkan nasi goreng nanas ketika masih panas.

Sumber: Niea Ma

Baca juga: Bahan Nasi Minyak Ini Biasa Saja, Tapi Ada Petua ‘Kecil’ Ini Buat Nasi Berkilat Cantik!

Wan N

Recent Posts

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

52 mins ago

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…

1 hour ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

1 hour ago

Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak

Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…

3 hours ago

Sambal Kacang Kuda Legend Ini Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah, Memang Sedap!

Siapa yang pernah makan sambal kacang kuda masa zaman sekolah dulu? Rasanya yang pedas, sedikit…

4 hours ago

Asam Pedas Udang Galah Kuah Merah Pekat, Petua Ini Buat Rasa Pedas Masam Lebih Padu!

Kalau suka lauk yang pedas, masam dan cukup rasa, resipi asam pedas udang galah ini…

4 hours ago