Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu, anda wajib cuba resepi Nasi Goreng Cina yang sungguh sedap.
Nasi Goreng Cina adalah salah satu masakan nasi goreng popular di Malaysia yang mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu dan Cina.
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Nasi Goreng Cina pada asalnya dieja sebagai ‘Nasi Goreng CiNA’ dan ‘CiNA’ itu bermaksud ‘Cili Not Available‘.
Oleh kerana ia tak diletakkan cili sama sekali, Nasi Goreng Cina sering menjadi pilihan terutama mak-mak yang anaknya tak berapa suka pedas.
Kami sangat tertarik dengan perkongsian resepi Nasi Goreng Cina oleh Har Ryea di Facebook kerana hasilnya membuat selera sesiapa pun terangkat. Jom kita cuba!
Baca juga: Antara Fungsi Minyak Bijan Untuk Memasak, Boleh Buat Nasi Goreng Jadi Lebih Sedap
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
2. Kemudian, masukkan udang dan biarkan masak sekejap.
3. Selepas itu, ketepikan udang dan masukkan telur. Kecikkan api sedikit untuk telur masak elok, kemudian pecah-pecahkan telur tersebut.
4. Masukkan nasi dan sayur campur, kemudian gaul rata.
5. Seterusnya, taburkan Maggi cukup rasa dan kacau sekejap.
6. Setelah itu, masukkan minyak bijan dan kacau lagi.
7. Akhir sekali, boleh rasa dan jika nak, tambah lagi serbuk Maggi cukup rasa atau minyak bijan mengikut citarasa masing-masing. Siap untuk dihidang!
Bahan-bahan dalam resepi Nasi Goreng Cina bergantung kepada berapa banyak nasi yang digunakan. Jika gunakan nasi dalam jumlah yang banyak, boleh gandakan bahan tersebut.
Selamat mencuba!
Sumber: Har Ryea
Baca juga: Nasi Goreng Udang Kahwin, Resipi Lain Dari Yang Lain Ini Memang Patut Cuba, Sedap!
Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…
Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…
Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…
Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…