Nasi goreng belacan merupakan salah satu menu yang paling mudah dan cepat untuk disediakan. Dalam masa 5 minit dah siap masak satu hidangan yang lazat!
Selain bebawang, bahan utama yang digunakan dalam resipi ini adalah sambal belacan. Jika ada stok sambal tersebut di rumah, bolehlah cuba masak nanti.
Resipi ini juga hanya menggunakan telur sebagai lauk. Namun begitu, anda boleh tambahkan ayam, udang, sotong atau fish cake mengikut cita rasa masing-masing.
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Pecahkan telur, kacau telur sehingga hancur dan masak. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris.
3. Masukkan ikan bilis dan goreng sekejap.
4. Kemudian, masukkan pula nasi putih dan sambal belacan. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
5. Seterusnya, masukkan terus yang sudah digoreng tadi. Taburkan juga secukup rasa.
6. Akhir sekalu masukkan kubis. Kacau rata sehingga sayur sedikit layu.
7. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Sarah
Baca juga: Resipi Nasi Goreng Kicap. Bukan Biasa-Biasa, Rasa Memang Power!
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…